Sunday 17 September 2017

Baiki jek eletrik

Hari ini saya kongsikan satu lagi pengalaman membaiki jek pada treadmill.
Kod E-7
Ketika jek tidak berfungsi, treadmill akan mengeluarkan kod E-7 seperti pada gambar di atas. Treadmill tersebut berjenama: MERCK & model: intellectual.

Jek pada treadmill ini telah berkhidmat sejak tahun 2008 dan baru-baru ini masalahnya ialah kadang-kadang tak berfungsi. Kadang-kadang boleh naik tapi tak mau turun. Kadang-kadang bila treadmill baru dihidupkan pada waktu pagi tak berfungsi tapi bila dah panas boleh berfungsi macam biasa pula...

Simptom seperti ini jarang disebabkan kerosakan motor pada jek. Kalau motor rosak, kenalah beli jek yang baru.
Ini ialah jek pada treadmill.

Setelah dibuka penutup bahagian belakang jek, cuma ada 2 biji suis dan sebiji kapasitor sahaja kelihatan selain daripada wayar yang menyambungkan mereka. Oleh yang demikian saya menjangkakan ianya ialah akibat kerosakan pada kapasitor.
Setelah dibuka penutup belakang...
Setelah diperiksa kapasitor tersebut, bacaan hanya tinggal 0.3uF sahaja sedangkan nilai sebenar kapasitor tersebut ialah 5uF seperti pada gambar di bawah.
Kapasitor 5uF cuma tinggal 0.3uF...
Kadang-kadang nak cari alat ganti komponen pun satu hal, kita nak 5uF takda pula. Jadi saya masuk saja apa yang ada dan nilainya tak jauh berbeza iaitu 4uF. Kalau nak masukkan 6uF juga boleh tetapi ia boleh memendekkan jangka hayat jek tersebut.

Pastikan anda tahu kapasitor tersebut ac (arus ulang alik) atau dc (arus terus). Kapasitor yang perlu saya cari ialah kapasitor ac, 5uF 450V.
5uF takda bekalan, 4uF pun jadi lah...
Setelah diganti kapasitor dan diuji, ternyata tiada lagi ragam merajuknya pada treadmill tersebut.

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.