Baru-baru ini saya dirujuk sebuah amplifier 5.1 channel berjenama SONY, model STR-K760P dengan masalah boleh dihidupkan tetapi suara keluar dari speaker terlalu lemah.
SONY STR-K760P |
Sebelum dibuka, saya uji amplifier tersebut dan kenyaringan suara yang keluar dari speaker hampir sama dengan kenyaringan telefon bimbit sahaja walaupun telah dilaras maxima.
Model: STR-K760P |
Gambar di bawah menunjukkan keadaan di dalam amplifier tersebut setelah penutupnya dibuka dan ianya dipenuhi dengan habuk serta debu.
Setelah penutup atas dibuka, berhabuk... |
Setelah dibersihkan, saya periksa satu per satu komponen yang ada dari bahagian atas papan litar dan tidak menemui sebarang komponen yang rosak.
Dah bersih, tiada debu lagi... |
Seterusnya saya buka papan litar dan periksa melalui bahagian bawah papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Bahagian bawah papan litar... |
Untuk makluman semua, saya juga tidak menemui sebarang komponen yang rosak dengan menggunakan multimeter.
banyak 'cold solder joint'... |
Jika tiada komponen yang rosak, kenapa output ke speaker lemah? Setelah diperhati dengan teliti saya dapati banyak pateri pada bahagian bawah papan litar mengalami 'cold solder joint' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Siap... |
Setelah kesemua 'cold solder joint' pada bahagian bawah papan litar saya pateri semula dan diuji, masalah output yang lemah selesai dan amplifier ini telah berjaya diselamatkan serta boleh digunakan semula.
Sedikit info kepada pemilik amplifier berjenama SONY, klip video di atas saya rakam untuk menunjukkan cara melakukan 'factory reset':-
- Pastikan amplifier dalam keadaan 'Off'
- Tekan butang 'power' tanpa dilepaskan kira-kira lima saat sehingga perkataan 'push enter' menjelma
- Lepaskan butang 'power' dan tekan butang 'enter'
- Proses reset selesai setelah perkataan 'clearing' dan 'cleared' berakhir/padam
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.