Monday 5 April 2021

EMPRESS RA0253 mini radio with MP3 player repair

Semalam saya dirujuk sebuah radio mini berjenama EMPRESS, model: RA0253 untuk diperiksa serta dibaiki.

Jenama: EMPRESS

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah butang suis (tact switch) tidak berfungsi apabila ditekan. Beliau juga ada memberitahu saya, kadang-kadang ianya boleh berfungsi apabila ditekan.

Model: RA0253

Ketika saya menguji mini radio tersebut, butangnya memang tidak berfungsi apabila ditekan dan saya juga mendapati bahawa lampu 'power' pada belakang radio malap walaupun sedang dicas seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Bahagian belakang radio...

Apabila saya cabut cabel bekalan elektrik yang mengecas, lampu 'power' terus padam dan radio juga padam serta gagal berfungsi.

3.7v, 800mA

Setelah dibuka dan diperiksa, bateri di dalamnya mempunyai voltan iaitu kira-kira 3v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah namun tiada arus elektrik dalam unit ampere apabila diukur menggunakan multimeter.

3.087v

Label pada bateri tersebut ialah 3.7v, 800mAh dan telah saya gantikan dengan sebiji bateri baru yang juga 3.7v namun kemampuannya lebih besar iaitu 6800mAh.

Gantikan bateri...

Bateri yang baru dengan 6800mAh boleh menyimpan lebih banyak cas berbanding dengan bateri asal yang cuma 800mAh sahaja.

Bateri baru...

Bateri baru juga memerlukan masa yang lebih lama untuk dicas sehingga penuh. Label pada belakang radio menyatakan ianya perlu dicas selama 3 - 5 jam sebelum digunakan.

Sila cas bateri selama 3 - 5 jam...


Setelah bateri ditukar dan diuji, kini lampu 'power' sama terang dengan lampu 'charging' seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Tested - ok

Percaya atau tidak, masalah butang yang tidak berfungsi juga selesai setelah dengan menukar bateri sahaja. Radio tersebut berjaya diselamatkan dan telah saya naiktaraf dengan bateri yang boleh menyimpan lebih banyak cas. Cas bateri yang lebih banyak juga bermaksud ianya boleh digunakan lebih lama sebelum perlu dicas semula.


Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.