Wednesday, 14 April 2021

Berhati-hati ketika membeli papan litar terpakai

Baru-baru saya dirujuk sebuah TV berjenama LG, model 43LF510T.ATS dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan elektrik.

LG 43LF510T.ATS

TV LED kini amat ringkas dan apa yang kelihatan setelah penutup belakangnya dibuka ialah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Setelah penutup belakang dibuka...

Pemeriksaan dengan mata kasar mendapati ada kesan letupan pada mainboard seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Mainboard rosak...

Untuk memastikan tiada kerosakkan pada komponen yang lain, saya ambil mainboard dari TV lain yang elok untuk diuji dan ianya sah kerosakkan pada mainboard sahaja.

Bahagian yang rosak...

Saya beli mainboard terpakai di shopee di sini. Menurut penjual, mainboard tersebut di ambil dari TV yang mengalami kerosakkan skrin.

Gantikan mainboard 'secondhand'...

Setelah mainboard sampai dan diuji, hanya backlight sahaja yang menyala dan skrin gagal memaparkan gambar.

Backlight menyala...

Saya menghubungi kembali penjual dan pada mulanya dia mempertahankan status mainboard tersebut masih elok dan syak ada kerosakkan lain sehingga saya memberitahu bahawa saya telah mengujinya dengan mengambil mainboard dari TV lain yang elok.

Skrin tidak menyala...

Akhirnya penjual pasrah dan meminta saya mengembalikan mainboard kepadanya semula dan pihak shopee telah mengembalikan kesemua kos pembelian saya.

Klip video di atas dimuat naik (upload) oleh penjual pada laman shopee dan ianya telah saya rakam sebagai rekod.

Contoh skrin pecah bila diuji,,,

Jika skrin pecah, seharusnya skrin akan memaparkan layar yang berwarna-warni seperti gambar di atas dan bukannya sedikit terang (lampu backlight sahaja) seperti boleh dilihat pada klip video di atas.

Jika anda tidak arif selok belok TV, saya sarankan jangan membeli mainboard terpakai melalui atas talian sebab ini adalah pengalaman saya lalui dan kongsikan kepada anda.

Katakan anda ditempat saya dan tanpa pengetahuan membaiki TV, adakah anda mampu meyakinkan penjual bahawa mainboard yang dijualnya rosak? 

Anda akan berakhir dengan menghabiskan lebih banyak wang untuk proses cuba jaya (trial and error) dengan membeli lagi pcb/komponen lain yang pasti akan berakhir dengan kegagalan sebab terbeli komponen yang rosak.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.