Sunday 25 October 2020

SONY BRAVIA KLV-32S400A LCD TV repair

Semalam saya dirujuk sebuah TV LCD berjenama SONY, Model: KLV-32s400A dengan masalah 'mati total'.

SONY Bravia

'Mati total' yang saya maksudkan ialah langsung tidak berfungsi bila dibekalkan arus elektrik termasuk lampu standby juga tidak menyala.

Model: KLV-32S400A

Gambar di bawah merupakan komponen yang boleh dilihat setelah penutup belakangnya saya buka untuk buat pemeriksaan.

Setelah penutup belakang dibuka...

Pemeriksaan awal mendapati bahagian input PSU (power supply unit) ada bekalan elektrik namun bahagian outputnya langsung tiada arus elektrik. Bacaan voltan pada anod dan katod optocoupler hanya 0.23v sahaja.

PSU

Seterusnya saya cabut kabel penyambung kepada mainboard serta backlight dan saya juga tidak mendapat sebarang bacaan voltan output pada PSU.

D6201 = 1S6

Saya buka PSU serta periksa satu per satu komponennya dan menemui litar pintas pada sebiji diod berlabel D6201 di papan litar.

Gantikan dengan zener diod...

Label pada diod tersebut ialah 1S6 yang bermaksud diod 1A, 60V dan ianya direka khas untuk SONY sahaja. Anda boleh rujuk datasheet untuk diod tersebut di sini.

Gantikan 1S6 dengan zener diod...

Oleh kerana diod tersebut direka khas untuk SONY, saya menghadapi masalah bekalannya di pasaran tempatan dan berakhir dengan menggunakan zener diod 1A, 56V seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Testing...

Setelah siap ditukar diod 1S6 dengan zener diod serta diuji, lampu standby telah menyala sejurus sahaja arus elektrik dibekalkan dan boleh dihidupkan semula. Saya menguji TV tersebut beberapa jam sebelum di ambil oleh pemiliknya.

Tested - ok

Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.