Tuesday 20 October 2020

LG MS2388K/00 microwave repair

Hari ini saya dirujuk sebuah ketuhar mikro (microwave) berjenama LG, Model: MS2388K/00 dengan masalah tidak panas.

LG MS2388K/00

Seperti biasa, jika pemilik memberitahu saya ianya tidak panas, saya tidak uji lagi dan terus buka penutupnya untuk membuat pemeriksaan.

Model: MS2388/00

Gambar di bawah menunjukkan bahagian serta komponen yang biasa saya akan periksa dan untuk pengetahuan semua, tiada kerosakkan yang saya ditemui.

Kenali komponen pada microwave...

Saya ingin kongsikan sesuatu yang lain daripada lain pada microwave ini iaitu ianya menggunakan dua biji HV diod seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah. Selama ini saya hanya menemui sebiji sahaja HV diod pada microwave dan ianya disambung dari kapasitor ke badan/chassisnya.

2 biji HV diod digunakan...

Oleh kerana tiada kerosakkan ditemui ketika membuat pemeriksaan, saya buat pembersihan pada keseluruhan dalaman serta luarannya.

Nombor rujukan magnetron: 2M214

Bahagian yang paling kotor ialah pada belakang di mana terdapat lubang seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Saya terlupa mengambil gambar ketika kesemua lubangnya masih tersumbat oleh habuk serta sarang labah-labah.

Lubang-lubang tersebut ialah tempat di mana angin disedut masuk oleh kipas untuk menyejukkan magnetron ketika microwave digunakan.

Setelah siap kerja pembersihan, saya uji microwave tersebut dan ianya boleh memanaskan secawan air seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

Saya tidak pasti kenapa pemilik mengadu ianya tidak panas sebelum ini dan kemungkinan disebabkan panas melampau pada magnetron sebab lubang-lubang di belakang microwave tersumbat mengakibatkan kipasnya gagal menyejukkan magnetron yang seterusnya menyebabkan thermostat putus. Thermostat yang putus tersebut akan bersambung kembali setelah kembali sejuk.

Sehingga blog ini ditulis, microwave tersebut telah seminggu dikembalikan kepada pemilik dan tiada aduan tidak panas lagi setakat ini. Saya akan kemaskini blog ini jika masalah tidak panas berulang lagi.

Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Boleh tahu apa yg rosak jika microwave jenis ini tiada power?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Perlu buka dan periksa baru tahu apa yang rosak. Cuba periksa fius, thermal fuse & suis pintu.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.