Monday 12 October 2020

ATX-250PA(1) SMP PSU repair

Baru-baru ini saya dirujuk sebuah PSU (power supply unit) keluaran FSP Group Inc., Model: ATX-250PA(1) untuk kegunaan komputer ACER dengan masalah komputer tidak dapat dihidupkan.

ATX-250PA(1)

Ketika saya mengujinya dengan membuat pintasan wayar berwarna hijau dengan wayar berwarna hitam, ianya boleh dihidupkan namun apabila dipasang kembali kepada komputer, ianya gagal berfungsi bila butang power ditekan.

Setelah penutup dibuka...

Ujian di atas memberitahu saya bahawa PSU tersebut tidak rosak sepenuhnya dan cuma tidak dapat dihidupkan dengan menggunakan sistem komputer.

Bahagian bawah papan litar...

Ini disebabkan proses menghidupkan komputer bukan melalui pintasan seperti yang saya lakukan di atas. Setelah dibuka dan diperiksa, sebiji zener diod berlabel ZD6 pada papan litar didapati putus dan telah saya labelkan pada gambar di atas dan di bawah.

Zener diod ZD6 putus...

Label pada zener diod tersebut ialah WI dan ia merupakan zener diod dengan voltan 12v. Anda boleh rujuk di sini untuk code zener diod jenis SMD.

Keluarkan zener diod yang rosak...

Zener diod jenis SMD berlabel WI pula saya tak ada dan saya guna zener diod biasa seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Gantikan zener diod yang baru...

Gambar di atas menujukkan diod tersebut telah saya gantikan dan setelah diuji, ianya kini boleh dihidupkan semula dengan menekan butang power pada komputer.

Tested - ok

PSU tersebut telah berjaya di selamatkan dan klip video di bawah saya rakam ketika mengujinya setelah siap dibaiki.

 Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.