Thursday, 1 October 2020

KICAP KUDA TERBANG kini mesra pengguna

Saya dibesarkan dengan KICAP KUDA TERBANG dan ianya dikilangkan di Miri, Sarawak. Dahulu ia menggunakan botol kaca dan saya tidak pasti bila ianya telah bertukar kepada botol plastik.

Kicap Kuda Terbang

Keenakan kicap ini memang tidak perlu dipertikaikan namun sejak kecil sehingga sekarang masalah sejagatnya ialah kicap meleleh setelah dibuka dan digunakan seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Masalah dari dulu...

Baru-baru ini saya membeli sebotol Kicap Kuda Terbang dan perasan bahawa penutupnya kini telah berwajah baru.

Kini tiada masalah kicap meleleh lagi...

Setelah penutupnya saya buka, barulah kelihatan perbezaan 'dispenser'nya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

'dispenser' berwajah baru...

Setelah berdekad-dekad lamanya saya menikmati kicap kuda terbang ini dengan masalah kicap meleleh pada luaran botolnya, kini barulah masalah sejagatnya selesai dengan 'dispenser' yang berwajah baru.

Masalah kicap meleleh selesai...

Kenapa baru sekarang 'dispenser' ini diperkenalkan dan bukan sejak dari dahulu lagi? Mungkinkah pengilang tidak tahu masalah pengguna dengan lelehan kicap pada luaran botol? Atau mungkin pengguna tidak pernah menyuarakan permasalahan ini kepada pengilang atau juga mungkin tiada saluran untuk menyampaikan komen serta cadangan kepada pengilang...

'Dispenser' lama...

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan dengan jelas perbezaan 'dispenser' lama dan baru. Setelah seminggu digunakan, kini botolnya masih bersih dan tanpa sebarang lelehan kicap...

'Dispenser' baru...

Saya yakin 'dispenser' ini baru diperkenalkan pada kicap kuda terbang sebab botol kicap lama yang ada di rumah saya masih lagi menggunakan 'dispenser' lama.

Kilang Kicap Hua Chan

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.