TV Plasma sebegini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di
sini dan di
sini.
 |
'Video in' tanggal... |
Masalah TV plasma yang dirujuk kali ini ialah rosak terminal 'video in' dan terminal USB seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
 |
USB port juga rosak... |
Kerosakan terminal 'video in' mudah dibaiki iaitu dengan mempateri bahagian yang terputus/tertanggal sahaja dan gambar di bawah menunjukkan terminal 'video in' telah siap dibaiki.
 |
video in dah siap... |
Bahagian yang paling susah dibaiki ialah terminal USB yang rosak sebab sangat halus dan harus di lakukan dengan berhati-hati agar litar tidak terputus atau rosak ketika mengeluarkannya.
 |
USB port yang rosak,,, |
Gambar di atas menunjukkan 'USB port' yang rosak telah saya keluarkan dari papan litar dan gambar di bawah pula merupakan 'USB port' yang ingin saya gunakan untuk membaikinya.
 |
Ambil USB port dari computer rosak... |
 |
Pasang USB port yang baru... |
 |
Patri juga bahagian atas supaya kuat dan tidak bergerak... |
 |
Siap... |
Setelah kedua-dua (video in dan usb port) yang rosak telah saya ganti dan diuji, ianya masih boleh digunakan semula.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
Selalunya brp kos utk baiki usb port ni tuan?
ReplyDeleteHarga berubah mengikut lokasi masing-masing. Saya berada di Miri, Sarawak.
Delete