Wednesday, 30 October 2019

Astro decoder repair (Model: DS830NA)

Semalam saya dirujuk dua buah decoder ASTRO model DS830NA dengan masalah yang berbeza tetapi kerosakkan yang sama.
Indikator menunjukkan huruf 'U' sahaja...
Indikator pada decoder pertama menunjukkan huruf 'U' yang bermaksud 'software update' seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah. Berjam-jam menunggu namum skrin tetap menunjukkan benda yang sama.
Maksud 'U' ialah 'software update'...
Indikator pada decoder kedua pula hanya menunjukkan dua biji led sahaja menyala seperti boleh dilihat pada gambar di bawah dan tiada apa-apa yang terpampang pada skrin TV
Lepas reset cuma dua biji indikator berwarna merah menyala...
Sesuatu yang pelik berlaku setelah decoder tersebut dibuka dan dibawa ke bangkel saya untuk diuji semula ialah ianya langsung tidak dapat dihidupkan lagi dan tiada sebarang indikator yang menyala.
Komponen yang rosak...
Masalah sedemikian adalah disebabkan komponen yang hampir rosak tersebut masih berfungsi ketika ianya masih panas dan apabila telah sejuk ianya tidak dapat menghidupkan decoder tersebut semula.

Setelah dibuka dan diperiksa, komponen yang harus diganti adalah seperti yang telah saya tandakan pada gambar di atas.
Komponen yang rosak telah dikeluarkan...
Ketika menukar kapasitor yang rosak pada papan litar ini, anda harus berhati-hati disebabkan terminal +ve & -ve dilabelkan terbalik. Jika dilihat pada gambar di atas, secara amnya bahagian terminal yang berlorek adalah -ve tetapi papan litar ini ditanda sebagai terminal +ve.
Pastikan terminal +ve & -ve tidak terbalik...
Jika anda memasang kapasitor tersebut terbalik dan diuji, anda akan merosakkan keseluruhan papan litar tersebut dan ianya tidak mungkin dapat diselamatkan lagi...
Sepatutnya 47uF
Gambar di atas dan di bawah menunjukkan bacaan kapasitor yang harus ditukar kerana nilai telah jauh merosot. Biasanya jika nilai bacaan pada kapasitor telah merosost 10% atau lebih ianya harus ditukar agar peralatan elektrik anda berfungsi di tahap optimum.
Sepatutnya 220uF
Setelah kapasitor yang didapati rosak di atas ditukar dan diuji, decoder tersebut kini kembali menunjukkan indikator seperti pada gambar-gambar di bawah.
Testing...

Testing...

Testing...
Setelah decoder tersebut disambung kembali ke tempat asalnya dan diuji semula, kini ianya masih boleh digunakan.
Tested - ok (Channel 101)
Untuk pengetahuan semua, decoder yang telah saya baiki sebelum ini kesemuanya masih berfungsi tanpa sebarang masalah setakat ini. Anda boleh membacanya di sini, sini dan di sini.
Tested - ok (Channel 511)
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas sebelah kanan blog ini.
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.