Sunday 16 June 2019

Astro decoder repair (Model: DS830NA)

Semalam saya dirujuk sebuah decoder ASTRO lagi. Bulan lepas saya telah berjaya membaiki sebuah decoder ASTRO dan anda boleh membacanya di sini.

Saya juga pernah membaiki decoder berjenama Philips sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.

Astro NJOI yang masih menggunakan decoder lama, anda akan mengalami kehilangan siaran bila-bila masa dari sekarang (30/01/2021). Sila rujuk artikel saya di sini untuk keterangan lanjut.

Model: DS830NA
Menurut pemiliknya, lampu merah decoder tersebut berkelip-kelip ketika kali terakhir beroperasi dan tiada video yang terhasil pada TV.
Litar pintas pada kapasitor...
Ketika saya mencuba decoder tersebut ianya langsung tidak dapat dihidupkan dan tanpa sebarang lampu indikator yang menyala. Gambar di atas diambil setelah saya baiki dan percaya atau tidak, hanya sebiji kapasitor 470uF, 10v yang didapati litar pintas.
Ini lah puncanya...
Setelah kapasitor tersebut ditukar dan diuji, kini decoder tersebut boleh dihidupkan semula dan beroperasi seperti biasa.
Tested - ok
Jika anda perlukan perkhidmatan membaiki decoder Astro, anda boleh berhubung dengan saya dengan mengisi 'contact form' pada bahagian atas sebelah kanan blog ini.
Tested - ok
Selamat mencuba...

98 comments:

  1. Jika decoder selalu boot ape masalah kerosakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa juga sambungan 'satellite in', kadang sambungan tidak elok.

      Jika power supply dan 'satellite in' elok, masalahnya pada decoder seperti di atas.

      Delete
  2. Apa masaalah setiap kali switch on lampu merah berkelip2 sahaja. Tiada apa pada screen tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama seperti masalah di atas, ada komponen yang litar pintas pada papan litar utama (main board). Cari dan tukar.

      Delete
  3. Nak Tanya Lau kipas decoder astro x jalan...decoder rosak ka...
    Lampu Merah X dak lngsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam decoder Astro tiada kipas. Jika indikator tidak menyala ada dua kemungkinan sahaja:-
      1. Adapter rosak
      2. Decoder rosak

      Delete
    2. Tuan. Dlm decoder PVR sy ada kipas. Dan kipas tu x berpusing. Masalah sy selalu auto boot. ada kaitan ke dgn kipas tu.

      Delete
    3. Ya, semua komponen ada fungsinya masing-masing. Fungsi kipas ialah untuk mengelak decoder daripada mengalami panas melampau. Periksa dan gantikan kipas jika rosak.

      Decoder yang 'auto boot' biasanya ada masalah pada papan litar ataupun adapter tidak membekalkan elektrik yang mencukupi.

      Boleh bagi model decoder anda? Terima kasih.

      Delete
    4. Model Samsung Electronic
      GX-AS731SK/AST
      Sy rase masalah auto boot tu berpunca dari kipas yg tidak berfungsi. Dan decoder over heat. Sbb sy gunakan external kipas dan halakan dibelakang decoder. Setakat ni astro tak de masalah auto boot.

      Delete
    5. Jika begitu, elok gantikan kipas yang rosak dengan yang baru. Jika dibiarkan panas melampau berterusan, komponen yang lain akan turut rosak satu hari nanti.

      Dari pengalaman saya membaiki dekoder astro, ianya sememangnya berpunca dari panas melampau sebab semua dekodernya tidak dilengkapi dengan kipas.

      Delete
    6. Terima kasih Tuan atas pandangan dan nasihat.

      Delete
  4. Kenapa ye adapter tu nyala x terang dan kelip2 api lepastu dekoder tu tak on

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 kemungkinan sahaja iaitu adapter rosak atau decoder yang rosak.

      Cuba tukar dengan adapter kawan/jiran yang elok, jika masih sama juga iaitu tidak tidak terang dan berkelip, decoder rosak.

      Boleh cuba cabut sambungan adapter ke decoder, jika lampu masih tidak terang dan berkelip lepas dicabut, adapter rosak.

      Delete
  5. Decoder sy ada masalah seperti diatas, adapter menyala tetapi lampu indikator tak menyala, mcm mana nak check litar pintas pada capacitor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna ohm meter dan periksa satu per satu. Keluarkan komponen yang disyaki mengalami litar pintas dari papan litar untuk kepastian. Tukarkan jika disahkan rosak.

      Selamat mencuba.

      Delete
  6. Kalau dekoder dh dioffkan memang susah nak on balik .. apa mslh ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam masalah di atas, periksa semua kapasitor satu per satu. Mesti ada yg rosak & tukar.

      Delete
  7. Dekoder n joi saya tiada bunyi. Video ok. Apa masalah nya ya. Wayar hdmi dah tukar. Saya guna wayar yg 3warna tu ada bunyi tapi sangkut2. Mohon tunjul ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, setakat ini saya belum pernah dirujuk dekoder dengan masalah tiada bunyi. Kalau ada nanti saya kongsikan.

      Ada kemungkinan audio TV anda bermasalah juga. Cuba sambungkan apa-apa yang guna cable 3warna dan periksa ada masalah suara tak. Jika ok, masalahnya memang pada dekoder. Boleh cuba 'reset factory setting' pada decoder.

      Jika ic HDMI rosak, perlu ada kepakaran serta peralatan untuk menukarnya.

      Delete
  8. Tanya, boleh ke pakai decoder model DMT 880 ganti decoder asal yang rosak model DS830NA dengan smart kad yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tukar dekoder astro, kena daftar di pejabat astro terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

      Saya tidak pasti boleh/tak guna semula dekoder DMT880. Sila berhubung dengan pihak astro untuk keterangan lanjut.

      Delete
  9. Dekoder astro saya sering tergendala dan kluar gambar satelit walaupun tiada hujan atau ribut..bila reboot ok sekejap..pastu jadi semula..sambungan semua ok..kadang2 hang..apa masalah dia ye tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah baiki dulu. Rujuk artikel pada pautan di bawah.

      https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/05/astro-decoder-repair-model-ds830na.html

      Delete
    2. Macam susah jgk nak repair ye tuan..saya ni pun tak pandai langsung nak repair..last choice kena panggil tech astro jugak la..adoi..apapun terima kasih atas maklumat dari tuan..

      Delete
    3. Sama-sama.

      Jika panggil tech astro, dia pasti suruh tukar decoder baru.

      Boleh cuba minta bantuan di kedai membaiki barangan elektronik berdekatan dulu. Jika nak saya bantu, hantar decoder kepada saya di Miri, Sarawak.

      Delete
  10. Nak tanya,4 har lps, astro problem.tp dah agent installer astro,dah tukar benda kat piring warna putih & cable.tp masih sama problem nya unavailable signal.ada kotak kuning kat ats belah kanan..3 kali pggl installer tu repair kn blk,tp semlm dia ckp rekoder yg rosak..bila off lampu merah berkelip2 hilang pastu berkelip blk.apa masalah nya yea…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serupa masalah di atas. Jika 'off' dalam 10 minit, langsung tak dapat 'on' lagi. Kena buka dan periksa sebab semua kerosakkan tidak sama.

      Delete
  11. tuan, kalau port satelit in tak dapat 13/18V apa puncanya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka penutup bahagian port satelit, periksa fius yang berlabel '0'. Tukar jika putus. Anda seharusnya dapat 13v dan bukan 18v.

      Delete
  12. Maaf tanye, kalau decoder lampunye biru tanda ape ye? Wifi ke? Bukan tanda ade rosak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cik, saya belum pernah jumpa lampu dekoder warna biru sebelum ini. Semua warna merah. Adakah dekoder anda serupa dengan yang di atas?

      Delete
  13. Maaf bertanya tuan. decoder sy jenis pvr model GX-AS731SK/AST. Sy punya decoder slalu heng dan auto boot. Kali ni lebih kerap jadi bila on/off terus autoboot. Bila saya tengok decoder tu kipas x berfungsi.
    1. Adakah komponen decoder bnyk da rosak kt dlm tu di sebabkan panas mcm power supply atau selainnya.
    2. Adakah boleh di baiki? Sbb kalau sy pergi ke center die akn tukarkn decoder baru yg x boleh record.
    3. Jika sy da repair sendiri tp masih gagal berfungsi pihak astro dpt detect ke sy cuba baiki dan adakah di bg sy tukar decoder tanpa sebarang cas?
    Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari maklumat anda di atas, ini pandangan mengikut pengalanan saya. Dekoder anda sering autoboot sebab panas melampau (kipas tak berpusing)
      1. Ya, jika ada asas elektronik boleh cuba periksa & tukar komponen yang rosak.
      2. Selagi masih boleh dihidupkan, peluang sangat cerah untuk dibaiki.
      3. Saya tak pasti sbb dah lebih 20 tahun tak tgk astro. Rujuk kepada pihak astro.
      Harap saya menjawab semua soalan anda di atas.

      Delete
  14. Salm..nk tny ye klu astro sy suara tersekat sekat knp ye..sy dh tukar wyar av tu yg bru pun ttp suara trsekat sekat.sya rsa tv sy ok sbbnya bila sy psng dvd suara tv tak terputus putus bile astro trputus putus..sbb ap ye bos..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jenis model dekoder astro? Adakah sama seperti di atas?

      Delete
    2. Hari ini saya ada membaiki sebuah dekoder dengan masalah suara putus-putus (tersekat-sekat) sila rujuk pautan di bawah.
      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/12/baiki-dekoder-astro-njoi-suara-putus.html

      Delete
  15. Model dekoder saya DS830NA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah saya jumpa masalah sedemikian, boleh cuba guna HDMI (jika ada) atau reset dekoder anda.

      Delete
  16. Orang tua saya punya Astro dekoder DVB-8750S sudah rosak, tiada power. Oleh itu, kita beli second hand dekoder sama model tetapi tak dapat guna. Dekoder itu tiada service, satellite ber 2 "poor" dan pin code "0000" atau "1234" pun salah. Bagaimanakah kita dapat tengok Astro dengan dekoder ini? Atau bolehkah dekoder rosak itu dapat dibaiki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kad astro sekarang tak boleh guna pada dekoder lain. Kalau signal 'poor', biasanya piring di luar rumah perlu dilaras (adjust). Tak semua dekoder rosak boleh dibaiki terutamanya yang kena sambar kilat. Cuba baiki dulu, jika tak dapat baiki, kena tukar dekoder baru.

      Delete
  17. Assalam nak tanya kalau dekoder astro tu bila on tiada paparan jam di skrin dekoder.. boleh tahu apa masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa, jika masalah seperti di atas masih boleh dibaiki. Jika rosak kena sambar petir, tak dapat baiki.

      Delete
  18. area mana cover bro? gua dr puchong

    ReplyDelete
  19. I have changed the capacitor with 520u7F reading but didnt work. Do I need to check all capacitors? Notice you changed alot. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sometimes the capacitor looking good when we check using normal multimeter. Use ESR meter to double confirm. Replace them if the value vary by 10%. Good luck.

      Delete
  20. Morning bos..
    Mau tny dekoder njoi sy skrg port hdmi rosak, jd sy mau tukar/guna dekoder yg lama sbb sy try dekoder lama ni hdmi masih ok.. Tp problem pd card pula xboleh pindah2 dekoder lain kan.. Boleh tau cara mcm mna mau set balik card astro utk link knp dekoder sy yg lama ni?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa dekoder ke pejabat astro, minta mereka daftar kad astro anda supaya guna dekoder yang lama.

      Delete
  21. Salam Tuan.
    Dekoder pvr DMT 5(v2) sy xdetect signal.
    Dah try switch dekoder utk check samada (lnb/dish/cable) yg problem.Decoder lain ok je boleh tgk astro.
    Boleh tau x ape problem decoder ni.
    Now stuck dkt --:--
    Thanks..

    *2 decoder,1 dish,quad lnb

    ReplyDelete
    Replies
    1. --:-- bermaksud tiada 'signal' dari piring. Jika dah sah signal ari piring ok, maksudnya dekoder rosak. Buka dan cari komponen yang rosak dan tukar.

      Delete
  22. Bos, Sy punya njoi problem
    1. Bila on.. Ada siaran jap, pasti dlm 10 mnt, dia jadi xde siaran.. Siaran tergendala.. Sy off kan, kemudian On kan balik jadi ok balik. Kemuadian 10 mnt JD tergendala balik. Sy switch off kan plug.. Jd ok, kemuadian jadi x ok plk

    2. Lama² mampu JD kelip² xleh On dh decoder Sy.

    Apa problem tu bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama seperti masalah di atas, ada komponen yang litar pintas pada papan litar. Cari dan tukar.

      Delete
  23. Salam tuan. Saya guna astro njoi beyond. Masalah timbul bila sy sambungkan kabel ke dek njoi, dek akan hilang kuasa. Tapi bila kabel astro d tanggalkan, dek berfungsi dgn baik. Kenapa ini berlaku n apa cara penyelesaiannya ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena periksa baru tahu. Mungkin adapter tak bekalkan arus elektrik yang mencukupi. Mungkin ada kerosakkan pada receiver di piring. Mungkin juga ada litar pintas pada dekoder itu sendiri.

      Delete
  24. Decoder astro njoi sy nyala warna merah tp pas tekan on pada remote merah tu patut tukar ke hijau tp kelip2 merah sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dekoder model DS830NA tiada lampu hijau, semua lampu merah. Mungkin dekoder kamu model lain.

      Delete
  25. Tuan..sy pakai decoder astro beyond.masalahnye sy punye decoder ni selalu hang bila sy tukar channel yg ada hd..kadang2 xsampai 10 minit pun dh hang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buka dan periksa, selagi tidak diperiksa, saya cuma mampu meneka sahaja. Mungkin artikel pada pautan di bawah boleh membantu anda.
      https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/05/astro-decoder-repair-model-ds830na.html

      Delete
  26. salam bos, astro saya ni Channel yang kita bukak tu OK tak bertukar TETAPI gambar yang keluar pada TV tu selalu ON OFF... dh tukar HDMI pun masih lagi sama.. saya berada di shah alam.. jika berdekatan boleh saya berjumpa sifu.. TERIMA KASIH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada komponen yang rosak dan perlu diganti. Saya berada di Miri, Sarawak.

      Delete
  27. Adapter astro xmenyala.. itu tanda adapter rosak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Periksa dulu fius pada plug 3-pin serta kabelnya. Jika semuanya elok, adapter rosak dan boleh di baiki. Anda boleh rujuk pada pautan di bawah.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2020/10/masalah-dekoder-astro-ds830na-tak.html

      Delete
    2. Kalau decoder rosak masih boleh di baiki.

      Delete
    3. Tidak semua dekoder yang rosak boleh dibaiki. Majoriti boleh dibaiki. Rekod saya 80% boleh dibaiki & 20% gagal dibaiki.

      Delete
  28. Nak tanya kalau adapter di pasang tapi decoder tak hidup,kalau adapter di lepaskan dari decoder,adapter menyala lampunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua kemungkinana iaitu adapter rosak atau decoder rosak. Boleh cuba adapter anda dengan decoder lain, jika masalah sama, adapter rosak.

      Delete
  29. Nak tanya, kenapa Astro selalu hang?? Setiap kali buka tv hang, hidup balik hang balik, tolong bagi cadangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada komponen pada papan litar dah rosak dan perlu ditukar. Hantar ke kedai membaiki barangan elektronik untuk dibaiki. Saya pernah baiki satu dan anda boleh rujuk pada pautan di bawah.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/05/astro-decoder-repair-model-ds830na.html

      Delete
  30. Dekoder njoi sya kluar 'Update Error' saja setiap kali on. Pastu pandai on off sendiri & keluar benda yg sama...'Update Error'. Apa masalahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum pernah dirujuk masalah 'update error' tetapi masalah update berjam-jam tak selesai ada. Rujuk kepada pautan di bawah. Rasanya masalah sama, ada komponen yang rosak pada papan litar.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/10/astro-decoder-repair-model-ds830na.html

      Delete
  31. Kalau in case perlukan khidmat tuan untuk membaiki Decoder ini, bagaimana caranya. Adakah tuan boleh datang, atau kami kena hantar/pos. Macam dengan bayaran? Dalam kes COVID sekarang, macama mana hendak berurusan. Mohon tuan maklum jua kelemahan kat sini biasanya kita tak tahu apa yang rosak, dan jika rosak part pun, kita tak tahu mana nak cari sparepart atau alat yang diperlukan untuk menanggalkan atau memasang semula alat tersebut. Model decoder saya yang rosak adalah DS830NA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berada di Miri, Sarawak. Kos penghantaran melalui pos sangat mahal dan rasanya tidak berbaloi. Kos membaiki saya di antara RM50 sehingga RM120 dan terpulang kepada tahap kerosakkannya. Tidak semua decoder boleh dibaiki, rekod saya 1 daripada 4 tidak dapat dibaiki atau 80% sahaja berjaya dibaiki.

      Delete
  32. Apa masalah bila pasang astro suis utama padam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau suis utama padam ada litar pintas. Cari apa punca litar pintas tersebut.

      Delete
  33. Ada kemungkinan tak tuan decoder boleh merosakkan tv? sebelum ni tv saya selalu slight flickering sebelum display out, hanya audio saja yang tinggal. Lepas tu saya beli tv 2nd test okay, bila balik pasang astro dalam 10 minit naik line atas dgn bawah tv, dan timbul slight flickering in interval between 5-10 seconds each.

    Your input is appreciated sir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak pernah jumpa masalah sedemikian setakat ini. Sambungan dari decoder ke TV cuma RCA atau HDMI sahaja dan ianya hanya 'signal/data transfer' sahaja. kemungkinan besar ada kebocoran elektrik pada decoder/adapter yang masuk ke TV melalui RCA/HDMI dan menyebabkan kerosakan mainboard pada TV. Cuba periksa guna testpen ada tak kebocoran elektrik pada adapter & chassis decoder.

      Delete
  34. assalam.. nk tnye decoder saya x hidup terus. mybe kena kilat semasa balik raya.. ape yg perlu sy buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena periksa satu-satu untuk ketahui mana yang rosak. Periksa adapter tengok ada output 12v dulu. Jika adapter elok, masalah pada decoder. Hantar kepada pakar untuk dibaiki jika tiada asas elektrik/elektronik.

      Delete
  35. Hai...bos nak tanya decoder kipas berpusing tapi tak boleh di "on"
    lampu indikator tak menyala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama model, model decoder ini takda kipas. Rujuk pada pautan di bawah.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/01/astro-dph5000na-decoder-repair.html?m=1

      Delete
    2. Bos kalau sudah tukar capasitor...lampu indikator tak menyala sebab apa???

      Delete
    3. Maksudnya anda telah 'recapped' dan indikator masih tak menyala?

      Delete
    4. Yep.. saya Tukar..kenapa???

      Delete
    5. Cari lagi, biasa lepas 'recapped' ok sudah.

      Delete
  36. Hi nak tanya,
    Sy guna dekoder njoi tpi port hdmi rosak.. Ad cara x utk baiki? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang port HDMI yang rosak, biasanya masalah/kerosakkan pada 'HDMI IC chip'. Boleh guna sambungan RCA sebagai alternatif.

      Delete
  37. Hi boss nk tnya kalau astro dekoder model dmt890 adapter lampu menyala tapi dekoder xnyala apa masalah??

    ReplyDelete
  38. macam mana saya nak hantar repair decoder saya pada tuan..decoder masalah takde power (TAK BOLEH ON)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokasi di mana? Saya berada di Miri, Sarawak.

      Delete
  39. Boleh tak bagitau di mana nak cari screwdriver tuk buka dekoder ni sbab mata nut dia lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai MrDIY ada jual, nama dia 'star key wrench set'.

      Delete
  40. Salam.. masalah apa yg berlaku bila kotak astro tu kelip2 merah terus tp bila tekan on pada remote, lampu tu tetap merah dan tidak menjadi kuning seperti selalu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekoder astro model ini cuma ada lampu merah sahaja. Saya belum pernah dirujuk dekoder astro yang ada lampu kuning. Dekoder astro model baharu, lampu berwarna merah ketika 'standby' dan bertukar warna ke hijau bila 'on'.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2022/02/astro-adapter-repair-hka02412020-4v.html

      Delete
  41. Salam tuan ,kalau njoi pnya dekoder jadi hang ,apa masalahnya tuan,boleh pebetui lg dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, banyak kapasitor dah kering. Rujuk kepada artikel pada pautan di bawah.

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2019/05/astro-decoder-repair-model-ds830na.html

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.