Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki CRT TV berjenama LG, Model: 29FU1RLX-T1 dengan masalah tidak dapat dihidupkan langsung.
|
Litar pintas pada sebiji kapasitor 470pF |
Ketika diperiksa, saya cuma menemui sebiji kapasitor yang berlabel C836 pada papan litar mengalami litar pintas.
|
Kapasitor tersebut di label sebagai C839 pada papan litar |
Bagi mengesahkan ianya betul-betul rosak, saya mesti mengeluarkan komponen tersebut dari papan litar dan periksa dengan meter semula.
|
Rupa kapasitor rosak... |
Setelah dikeluarkan dari papan litar, kapasitor tersebut telah pecah dan boleh dilihat pada gambar di atas terdapat kesan terbakar yang berwarna hitam padanya.
|
Kiri: Kapasitor rosak, Kanan: Kapasitor baru |
Kapasitor tersebut ditandakan dengan kod 471 yang bermaksud nilai kapasitor tersebut ialah 470pF. Pastikan komponen yang diganti adalah sama nilainya dan kadang-kadang warna komponen berlainan seperti yang boleh dilihat pada gambar di atas.
|
Periksa dengan meter kapasitor baru dapat bacaan 459pF |
Setelah kapasitor tersebut di ganti dan diuji, TV tersebut masih gagal dihidupkan. Jadi saya terpaksa mencari kerosakan lain akibat daripada litar pintas pada kapasitor tersebut.
|
Kapasitor baru... |
Hampir kesemua komponen yang ada telah saya periksa dan tidak menjumpai sebarang komponen yang rosak lagi.
|
Litar putus... |
Setelah puas membelek papan litar tersebut, akhirnya saya menjumpai litar yang terputus pada papan litar dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas. Saya percaya litar tersebut putus akibat daripada litar pintas pada kapasitor yang dijumpai sebelumnya.
|
Sambung litar yang putus (pateri sahaja) |
Setelah saya baiki litar yang putus tersebut dan diuji, kini TV telah boleh dihidupkan semula. Jadi kerosakan pada TV ini cuma pada sebiji kapasitor sahaja yang telah mengalami litar pintas dan mengakibatkan salah satu litar terputus.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.