Hari ini saya dirujuk sebuah peti keselamatan (safes) berjenama JVD, Model: Iconic Plus Top Open. Masalahnya ialah nombor 1, 2 & 3 tidak berfungsi bila ditekan.
 |
Jenama: JVD, Model: Iconic Plus Top Open |
Masalah sebegini biasanya ialah pada keypad namun setelah diperiksa, keypad tersebut tidak bermasalah.
 |
Peringatan pada belakang peti keselamatan... |
Seterusnya saya memeriksa bahagian yang disambung kepada keypad dan mendapati terdapat 'cold solder joint' seperti yang telah saya tandakan pada gambar di bawah.
 |
Bahagian yang bermasalah... |
Cara untuk membaiki 'cold solder joint' ialah hanya dengan mempatrikan semula bahagian tersebut sahaja. Gambar berikut menunjukkan bahagian 'cold solder joint' telah saya paterikan semula.
 |
"Cold solder joint' telah dipateri semula |
Setelah siap dipateri dan diuji, masalah nombor yang tidak berfungsi bila ditekan tadi kini kembali normal.
 |
Tested - ok |
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.