Monday 10 June 2019

MCC-1402-07S (CR-SRP50A-2) repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman baru membaiki papan litar penghawa dingin berjenama CARRIER. Pemilik memberitahu saya bahawa ianya rosak akibat terputusnya bekalan eletrik (blackout) di seluruh Miri beberapa bulan yang lepas.
MCC-1402-07S
Apabila di teliti dengan mata kasar, kelihatan fius dan sebiji ic bernombor STRL472 telah meletup. Namun setelah diperiksa, perintang di sekitarnya juga putus. Komponen yang didapati rosak ialah:-
  1. STRL472 ic
  2. 3.15A fius
  3. 0.91ohm perintang
  4. 680ohm perintang
  5. wayar transformer (bahagian primary putus)
ic STRL472 meletup & fius 3.15A putus (mata kasar)

setelah ic STRL472 dikeluarkan

STRL472 meletup

perintang dengan kod 681 = 680ohm
Cabaran seterusnya ialah terdapat sebiji perintang yang tidak diketahui nilainya putus dan saya terpaksa mencari datanya di internet pada ic STRL472. Anda boleh mendapatkannya di sini, mukasurat 22. Nilai perintang tersebut ialah 680ohm atau kodnya ialah 681 seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
perintang 680ohm 1/4w yg baru

Perintang 0.91ohm putus

bahagian primary transformer putus

Nasib baik boleh disambung...
Namun setelah kesemua di atas dibaiki & diuji, papan litar tersebut masih tidak boleh berfungsi. Di pendekkan cerita, saya periksa semula papan litar tersebut dan menukar kesemua 'low ESR capacitor' seperti yang telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Setelah 'low ESR capacitor' tersebut ditukar dan diuji, kini papan litar tersebut boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

6 comments:

  1. Salam sejahtera tuan Wong. Untuk repair dan trouble shooting job seperti ini, berapa bayaran yang tuan biasa charge pada customer? Saya buat repair sebagai hobi dan hanya charge harga komponen. Tapi bila dapat kerosakan yg agak serius dan memakan masa utk troubleshoot, rasa macam kena ambil kira juga masa yg dihabiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang kepada budi bicara masing-masing. Walaupun sebagai hobi, kita perlukan masa & masa itu emas. Ikut harga semasa setempat, sebagai hobi kita tidak perlu sewa kedai dan lain-lain, jadi biar berpatutan agar kerja baiki-membaiki tidak pupus. Saya biasa kira upah bedasarkan masa yang diperlukan untuk 'troubleshoot' selain harga komponen.

      Delete
  2. Terima kasih tuan untuk tip! Masih belajar lagi. Banyak kes tak dapat solve sebab tak cukup tools hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, jangan ragu-ragu untuk labur pada 'tools' jika benar-benar berminat.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.