Semalam saya dirujuk sebuah pengering rambut berjenama PHILIPS, Model: HP8103 dengan masalah bila telah panas ianya akan padam dan kena tunggu sehingga sejuk baru boleh digunakan semula.
Pengering rambut ini akan padam dalam masa kira-kira 30 saat digunakan dan perlu tunggu beberapa minit kemudian baru boleh digunakan semula.
|
Setelah penutup dibuka... |
Mari kita buka dan selidik apa punca permasalahan pengering rambut tersebut. Setelah dibuka penutupnya, apa yang kelihatan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan di bawah.
|
Filamen tidak putus, diod elok & kapasitor juga tidak rosak... |
Tidak banyak komponen yang harus diperiksa dan boleh dikatakan kesemua komponen berkeadaan baik kecuali sebiji thermostat. Jika anda ingin tahu bagaimana rupa thermostat tersebut, sila rujuk gambar di bawah.
|
Thermostat yang bermasalah... |
Fungsi thermostat ialah memutuskan bekalan elektrik jika pengering rambut tersebut mengalami panas melampau. Setelah diperiksa serta diuji, masalahnya ialah thermostat tersebut terlalu sensitif dan memutuskan bekalan eletrik terlalu cepat disebabkan oleh panas dari filamen pengering tersebut.
|
Thermostat telah di baiki... |
Jadi untuk membaikinya saya cuma bengkokkan sedikit bahagian bawah thermostat tersebut ke atas supaya ianya tidak memutuskan bekalan elektrik terlalu awal.
Untuk menguji thermostat tersebut setelah dibaiki, kita cuma perlu tutup lubang belakang pengering rambut tersebut dengan tangan dan anda akan lihat filamen didalamnya menjadi merah serta panas melampau dan seterusnya thermostat tersebut akan memutuskan bekalan elektrik kepada pengering rambut tersebut.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.