All sharing are based on my personal experience. Your comment will be attended within 24 hours. Cheers!
Saturday 1 June 2019
Baiki Gear plastik yang haus
Hari ini saya nak kongsikan cara bagaimana kita baiki gear plastik yang telah haus. Untuk makluman gear ini digunakan di dalam mesin pengisar kertas dan kebiasaannya memang susah untuk mendapatkan alat gantinya.
Gear yang telah hilang salah satu giginya...
Saya tidak pasti kenapa salah satu giginya telah hancur dan disebabkan sebiji gear tersebut rosak, keseluruhan mesin tersebut tidak dapat digunakan.
Kita cuba tampal gigi tersebut seperti apa yang doktor gigi buat pada gigi kita...
Berikut adalah cara-cara untuk membuat gigi yang baru.
Bersihkan bahagian yang ingin dibaiki...
Bahan yang diperlukan untuk membuat gigi baru ialah gam Epoxy seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
Ini rahsianya, guna gam Epoxy (3 ton)
Terdapat banyak jenis gam epoxy di pasaran dan pastikan ianya mesra plastik, maksudnya ianya sesuai untuk permukaan plastik.
Campurkan gam tersebut sehingga sebati...
Campurkan kedua-dua bahan gam epoxy tersebut dan lekatkannya pada permukaan yang ingin kita baiki dan tunggu sehingga hampir kering dan keras.
Lekatkan gam epoxy pada bahagian yang ingin dibaiki...
Gam epoxy yang saya gunakan perlukan masa 3 jam untuk mengeras dan kira-kira selepas 2 jam 30 minit, campuran gam epoxy hampir keras dan ketika itu anda harus membuat acuan gigi gear tersebut.
Bila hampir keras, pasang kembali dan buat gignya...
Cara untuk membuat gigi gear tersebut ialah dengan memasang kembali ke tempat asal dan pusing gear tersebut sehingga acuan terbentuk dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas dan di bawah.
Gigi dah cantik...
Selepas acuan gigi tersebut telah terbentuk, simpan sehingga gam epoxy tersebut betul-betul keras (biasanya selepas 24 jam).
Biarkan semalaman sehingga betul-betul keras...
Bila dah betul-betul keras, uji gear tersebut...
Pasang balik apa yang telah dibuka...
Setelah gam epoxy tersebut telah betul-betul keras, pasang gear tersebut kembali ke tempat asal dan kini mesin anda akan beroperasi semula.
Tested - ok
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.