Wednesday 26 June 2019

Karcher T 12/1 Professional Dry Vacuum Cleaner repair

Hari ini saya berpeluang membaiki sebuah penyedut hampagas (vacuum cleaner) berjenama Karcher, Model: T 1/12 professional dengan masalah tidak dapat dihidupkan langsung.
Jenama: Karcher, Model: T 12/1 professional
Seperti biasa saya akan periksa fius pada plug 3-pin serta wayar penyambung dan kesemuanya berkeadaan baik. Seterusnya saya terpaksa membuka penyedut hampagas tersebut dan memeriksa bahagian motor di dalamnya.
Kedudukan 'carbon brush'....
Setelah diperiksa didapati bahawa salah satu 'carbon brush' tidak bersentuh kepada motor dan apabila dibuka 'carbon brush' tersebut kelihatan telah haus seperti anda boleh lihat pada gambar di bawah.
'carbon brush' yang telah haus...
Masalah telah dikenalpasti dan seterusnya ialah proses menukar 'carbon brush' tersebut dengan yang baru.
Keluarkan 'carbon brush' lama...
Anda boleh melihat perbezaan 'carbon brush' yang baru dan yang lama seperti pada gambar di bawah.
Perbezaan 'carbon brush' lama dan yang baru...

Gantikan dengan 'carbon brush' yang baru...

Pasang kembali ke kedudukan asalnya...
Setelah 'carbon brush' tersebut ditukar dan diuji, penyedut hampagas tersebut kini kembali beroperasi semula.
Tested - ok

Selamat mencuba...


 

2 comments:

  1. Selamat pagi.saya nak tanya berkenaan se4001 karcher vacuum tidak boleh on.kenapa ya? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/search/label/Vacuum%20cleaner

      Banyak punca kenapa 'vacuum cleaner' tidak boleh on. Melalui pengalaman saya, berikut adalah punca-puncanya:-
      1. Fius pada plug 3-pin putus
      2. Wayar penyambung putus
      3. Suis 'on/off' rosak
      4. Litar pintas pada suppressor kapasitor
      5. Carbon brush habis.
      Jika ada asas dan tahu cara 'troubleshoot'. Periksa satu per satu.

      Boleh rujuk pautan (link) di atas utk membaca pengalaman saya berkaitan dgn vacuum cleaner.


      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.