Sunday 9 June 2019

OPTOMA X402 projector lamps

Projector ini pernah dirujuk kepada saya sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini. Kali ini ianya dirujuk semula tetapi dengan masalah yang berbeza iaitu lampu tidak menyala.
Jenama: OPTOMA, Model: X402
Setelah diuji, ternyata lampu projektor rosak dan indikatornya ialah seperti pada gambar di bawah. Untuk makluman lampu projektor mempunyai jangka hayatnya tersendiri dan bila tiba masanya lampu tersebut harus diganti.
Lampu rosak...
Jika anda ingin menukar sendiri, pastikan anda membeli lampu yang betul dengan jenama serta model projektor yang ingin dibaiki.
Lampu baru untuk OPTOMA X402 (acer)
Spare Original: Lamp For OPTOMA X402 Projector
Cara untuk menukar lampu projektor amat mudah dan anda boleh lihat pada gambar berikut sebagai panduan.
Buka penutup lampu..
Buka skru lampu...
Lepas keluarkan lampu baru lah tanggalkan wayar...
Lampu lama & lampu baru
sambungkan wayar dahulu sebelum memasukkan lampu baru...
Masukkan lampu baru dan kuncikan skru..
Tested - ok
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.