Semalam saya dirujuk sebuah mesin untuk merebus telur setengah masak dengan masalah tidak panas berjenama tamaGo.
 |
tamaGo egg processing machine |
Ianya telah dibuka dan diperiksa namun tidak dijumpai punca kenapa tidak panas. Akhirnya ianya dirujuk kepada saya dengan alasan kerosakan pada papan litar.
 |
Hanya sekeping papan litar sahaja... |
Jadi saya pun buka dan periksa papan litarnya dan tidak menjumpai sebarang kerosakkan pada papan litar.
 |
kiri: butang 'ON', Kanan: butang 'Reset' |
Seterusnya saya periksa satu persatu (pemanas - ok, thermocouple - ok) dan mendapati salah satu suis tidak berfungsi bila ditekan.
 |
Butang 'reset' rosak... |
Saya cuba baiki butang suis tersebut namum ianya tidak dapat dibuka. Anda boleh melihat suis tersebut seperti pada gambar di atas dan di bawah.
 |
suis tersebut menggunakan 'push button' |
Oleh kerana suis tersebut tidak dapat dibuka untuk diselengara, maka saya beli suis yang baru dan anda boleh melihat suis tersebut seperti pada gambar di bawah yang berwarna hijau.
 |
Gantikan butang baru (warna hijau) |
Setelah di tukar suis tersebut dan diuji, kini mesin merebus telur setengah masak kembali beroperasi seperti biasa.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.