Monday, 4 May 2026

Short circuit BUFFALO KW53 rice cooker

Periuk nasi ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini

Kenapa bacaan keterusan negatif???

Kali ini dia kembali dengan masalah litar pintas atau seluruh rumah bergelap sejurus sahaja suis dihidupkan.

Walaupun bacaan rintangan keterusan sedikit sahaja (mega ohm) seperti boleh dilihat pada gambar di atas, namun ianya cukup untuk MCB/RCCB di rumah kita putuskan bekalan elektrik.

Buka penutup bawah...

Pemilik ada memberitahu saya ianya bermula setelah bertukar kepada beras haryanna yang memerlukan air lebih banyak berbanding beras lain.

Buka penutup tepi...

Pemeriksaan pada bahagian bawah sebelah dalam serta tepi mendapati ada bekas lelehan masakan namun ianya kering serta tiada litar pintas bila diukur menggunakan multimeter.

Cabut penutup atas...

Pemeriksaan menyeluruh akhirnya mendapati litar pintas berpunca dari bahagian penutup periuk nasi.

Setelah penutup bahagian atas dibuka...

Gambar di atas adalah keadaan bahagian dalam penutup setelah dibuka dan kelihatannya seolah-olah telah berkarat.

Buka untuk dibersihkan...

Setelah dibersihkan, ianya tidak berkarat dan warna yang kelihatan seperti karat itu adalah kulat/fungus tumbuh di permukaan makanan yang dimasak melekat padanya.

Setelah dibersihkan...

Setelah dibersihkan, pelekat aluminium yang digunakan untuk melekat elemen pemanas juga turut tanggal serta reput.

Sambungan elemen pemanas...

Sebelum elemen pemanas dilekat kembali, saya tutup bahagian penyambung menggunakan silikon agar air/wap tidak masuk ke dalam elemen (jika ada).

Tutup guna silikon...

Pelekat aluminium yang saya guna dibeli di kedai MrDIY seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

Pelekat aluminium...

Masalah litar pintas selesai dan periuk nasi ini berjaya diselamatkan buat kali ke-2. Saya tidak pasti bagaimana bahan masakan boleh berada pada bahagian penutup sebegitu banyak dan saya yakin ianya bukan berlaku dalam masa yang singkat.

Siap...

Keterangan lanjut telah saya ringkaskan serta boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.