Kipas siling berjenama KHiND model CF-608 ini saya beli kira-kira 10 tahun yang lalu dan telah lama kelajuannya mulai perlahan.
![]() |
| KHiND CF-608 |
Ketika baru dibeli, saya guna kelajuan pertama dan telah bertukar kepada kelajuan ke-2 kira-kira setahun lalu.
![]() |
| Buka kapasitor... |
Cuaca sekarang tersangat panas dan saya terpaksa baiki kipas siling ini. Punca kipas berpusing perlahan majoriti adalah disebabkan kerosakkan kapasitor.
![]() |
| Kapasitor 2uf tapi bacaan cuma 1.11uf |
Kapasitor yang digunakan ialah 2uf namun nilainya telah menurun ke 1.11uf sahaja.
![]() |
| Kapasitor baru - 2uf |
Masalah selesai setelah kapasitor tersebut diganti dengan nilai asal iaitu 2uf.
![]() |
| Siap... |
Selamat berDIY...





No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.