Wednesday, 13 May 2026

APC BVX900LI-MS UPS repair

Masalah UPS gagal berfungsi telah banyak saya kongsikan sebelum ini dan majoriti adalah disebabkan jangka hayat bateri telah tamat.

APC BVX900LI-MS

Apa yang anda perlu lakukan ialah buka serta gantikan baterinya dan ianya akan kembali berfungsi semula.

Bateri rosak...

Cara mudah untuk mengenalpasti bateri rosak ialah ukur voltannya seperti boleh dilihat pada gambar di atas dan bawah.

Bateri baru...

Sesuatu yang menarik perhatian saya kali ini ialah kapasti bateri yang digunakan berbeza dengan semua perkongsian lepas. Selama ini bateri 7Ah atau 7.2Ah digunakan namun apa yang ditemui ialah 9.0Ah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

9.0Ah

Selain kapasiti, harganya juga jauh berbeza. Harga semasa bateri dengan kapasti 7.2Ah kira-kira RM45 manakala 9.0Ah pula RM110. Jika anda adalah pemilik UPS ini, apakah kapasiti yang anda pilih? 

7.0Ah vs 7.2Ah vs 9Ah

Fungsi UPS ialah sebagai 'backup power' sewaktu bekalan elektrik tiba-tiba putus dan anda perlukan masa untuk memadamkan komputer secara normal agar tidak merosakkannya. 

Majoriti UPS hanya standby sepanjang masa, jadi bateri 7.0Ah sudah memadai dan perlu diingat bahawa ianya akan rosak bila tempoh jangka hayatnya telah tiba tanpa mengira apa kapasitinya.

Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah. 

Selamat berDIY... 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.