Saturday 5 October 2019

Nisbah campuran coolant (antifreeze) dan air untuk radiator kereta

Sebelum ini saya pernah kongsikan kekerapan serta cara-cara menukar bahan pendingin (coolant) untuk kereta Perodua Kelisa dan anda boleh membacanya di sini.
Rujukan untuk kereta Perodua Kelisa
Hari ini saya nak kongsikan pula kepekatan coolant yang diperlukan untuk sesebuah kereta.

Di negara eropah (europe) coolant dikenali sebagai 'antifreeze' dan tujuannya sebenar antifreeze ialah untuk mengelak cecair di dalam radiator beku ketika musim sejuk.

Di negara kita tiada musim sejuk dan apa tujuan sebenarnya tangki radiator harus dicampur dengan coolant?
Nissan Long Life Coolant (1L)
Saya telah merujuk kepada buku panduan untuk kereta Perodua Kelisa dan anda boleh melihatnya pada gambar pertama di atas.

Pihak perodua cuma menyatakan kepekatan 30% coolant diperlukan jika suhu mencecah -12C dan 50% coolant diperlukan jika suhu mencecah -35C.

Maksudnya di sini ialah jika cuaca mencecah -12C, campuran 30% coolant diperlukan bagi mengelak air radiator menjadi beku. Manakala campuran 50% coolant diperlukan jika cuaca mencecah -35C supaya air radiator tidak menjadi beku pada suhu tersebut.

Selain untuk mengelak air radiator membeku pada musim sejuk, fungsi coolant juga boleh meningkatkan takat didih air radiator. Kita semua tahu bahawa air akan mendidih pada suhu 100C dan jika dicampurkan dengan coolant, takat didih air radiator akan lebih tinggi dari 100C.

Majoriti suhu injin kereta ketika beroperasi ialah di antara 80C(175F) sehingga 96C (205F) dan secara amnya air radiator tidak akan meruap/mendidih dan kereta boleh beroperasi tanpa coolant di dalam radiator.

Thermostat pada radiator mengesan suhu pada 85C dan kipas akan menjalankan fungsi untuk menyejukkan radiator jika melebihi 85C.

Kebanyakan kereta lumba juga tidak menggunakan coolant disebabkan cecair coolant adalah sangat licin dan amat merbahaya jika berlaku kemalangan yang melibatkan kebocoran air radiator.

Jadi berapakah nisbah campuran coolant dan air diperlukan pada sesebuah kereta? Jawapannya ialah seperti berikut:-
  • Rujuk kepada buku panduan kereta anda atau rujuk kepada pusat penyelengara kereta anda bagi menentukan kepekatan coolant yang diperlukan.
Jika anda menggunakan kereta Perodua kelisa, sebotol coolant (1 liter) adalah mencukupi dan kepekatannya ialah 30% coolant. Saya telah menggunakan nisbah tersebut sejak kereta baru dibeli kira-kira 13 tahun lalu sehingga kini tanpa masalah. Ia juga merupakan nisbah campuran yang digunakan oleh pusat penyelengera Perodua ketika kereta saya masih diselengara oleh mereka.

Ada yang pernah bertanya kepada saya, boleh tak isi penuh radiator dengan 'coolant' sahaja tanpa dicampur dengan air? Jawapan saya ialah TIDAK. Untuk makluman semua, kandungan 'coolant' tulen ialah ethylene glycol dan ianya akan beku pada suhu 0 darjah Fahrenheit  hingga -5 darjah Fahrenheit. Bermaksud jika kereta anda digunakan di negara sejuk, 'coolant' yang tidak dicampur dengan air akan beku pada suhu tersebut.

Bagaimana pula jika kenderaan yang diisi dengan 'coolant' tulen digunakan di negara kita yang beriklim kahtulistiwa? Untuk pengetahuan semua, kemampuan 'coolant' tulen untuk membebaskan haba akan berkurangan kira-kira 35% berbanding dengan air biasa. Maksudnya kenderaan anda lebih panas jika menggunakan 'coolant' tulen dan ini tidak baik untuk komponen getah yang ada pada enjin kereta seperti 'seal', o-ring' dan sebagainya.

'Coolant' hanya berfungsi sepenuhnya untuk menurunkan takat beku dan meninggikan takat didih apabila dicampur dengan air mengikut nisbah tertentu seperti tertera di atas.


sumber rujukan

2 comments:

  1. Salam tuan. Saya bekerja sebagai despatch dan menggunakan kereta kelisa. Enjin kereta saya akn on paling kurang 5-6 jam sehari tanpa dimatikan. Apakah masih perlu menggunakan panduan yg diberikan oleh tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panduan yang saya ceritakan di atas adalah mengikut buku panduan dan ianya umum untuk semua kereta Perodua kelisa iaitu tukar air radiator setiap 2 tahun dengan campuran sebotol coolant. Jika terlupa tukar 2 tahun sekali pun tiada masalah, pastikan tiada kebocoran tangki radiator dan isi air pada tangki air sementara jika berkurangan.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.