Saturday 1 September 2018

DIY Tukar Bahan Pendingin (Coolant) Radiator Kereta

Hari ini saya kongsikan cara bagaimana menjaga radiator kereta agar tidak mudah rosak. Mengikut buku panduan kereta, bahan pendingin pada radiator kereta harus ditukar setiap 24 bulan atau 2 tahun sekali.
Menurut buku panduan bahan pendingin harus ditukar setiap 2 tahun
Namun saya sebenarnya terlupa bahagian yang boleh dikatakan paling penting dalam kereta iaitu radiator. Tugas radiator ialah untuk menyejukkan injin kereta dan selain air, ia juga harus dicampur dengan bahan pendingin (coolant). Tugas bahan pendingin selain dari menyejukkan injin kereta, ia juga bertindak sebagai agen anti karat.
Radiator kereta Perodua Kelisa
Namun nasib tidak menyebelahi saya pada pagi ini apabila penutup radiator pula rosak dan bahagian yang saya tandakan pada gambar di bawah pula terjatuh ke dalam radiator.
Penutup radiator rosak...
Untuk makluman, tidak boleh ada benda lain selain air & bahan pendingin berada dalam radiator. Oleh yang demikian saya terpaksa membuka keseluruhan radiator tersebut untuk mengeluarkan bahagian hujung penutup radiator yang tertanggal dan jatuh ke dalam radiator.
Tiada karat dalam radiator walaupun telah berusia 12 tahun

Kali terakhir saya menukar bahan pendingin kereta saya ialah pada 01/06/2009 iaitu 9 tahun yang lalu. Namun keadaan di dalam masih baru dan tiada karat bila air lama di buang. Kalau nak tahu rahsianya, sila baca sampai habis...
Radiator terpaksa dibuka untuk mengeluarkan bahagian penutup yang rosak terjatuh ke dalam...
Sebenarnya proses menukar air serta bahan pendingin amat mudah iaitu:-

1. Buka penutup bawah radiator untuk mengeluarkan air lama dalam radiator
2. Buka penutup atas radiator supaya kesemua air lama di keluarkan sepenuhnya.
3. setelah habis air lama dibuang, tutup kembali penutup bahagian bawah radiator
Penutup bahagian bawah radiator untuk membuang air..

Bahan pendingin (coolant) berjenama NISSAN

Pastikan baru dan belum dibuka...
4. isikan bahan pendingin (isi habis sebotol - 1 liter). Baca di sini untuk jumlah bahan pendingin yang diperlukan.
Isikan bahan pendingin dahulu...
5. Penuhkan radiator dengan air dan hidupkan injin kereta sehingga kipas radiator berpusing untuk mengeluarkan semua angin yang ada didalam radiator.
Penuhkan dengan air suling/RO/air hujan

Penutup lama radiator...
6. Setelah kipas radiator berpusing, penuhkan sekali lagi radiator dengan air (jika perlu) dan tutup kembali penutup atas radiator.
Penutup radiator baru (Pastikan beli penutup yang sama)
Terdapat 3 jenis penutup radiator iaitu:-
  1. 0.9 Bar
  2. 1.1 Bar
  3. 1.3 Bar
Yeah... penutup baru
7. Akhir sekali, isi air pada tangki sementara pada luar radiator.
Isikan juga air pada tangki sementara di sebelah radiator
Untuk panduan semua, rahsia yang saya maksudkan di atas ialah:-

  1. Jangan guna air paip sebab mengangungi klorin dan boleh mengakibatkan bahagian dalam radiator berkarat dan cepat rosak.
  2. Saya guna air suling yang dibeli dari pasaraya. Anda juga boleh guna air RO (Reverse Osmosis water), air battery (yang kosong & takda asid) atau air hujan.
  3. Kalau nak jimat lagi anda juga boleh tadah air yang keluar dari belakang penghawa dingin (aircon) sebab air tersebut adalah hasil daripada proses kondensasi dan setaraf dengan air suling.
  4. Ada yang mengesyorkan supaya menggunakan air mineral tetapi saya tidak menggalakan penggunaannya disebabkan air tersebut mengandungi mineral dan juga boleh mengakibatkan bahagian dalam radiator berkarat. 
  5. Beli bahan pendingin yang berkualiti sebab ada bahan pendingin (terutamanya yang murah) tidak berfungsi sebagai anti karat.

Selamat mencuba...

24 comments:

  1. Terbaik lah bro
    Ilmu yg bermanfaat
    Semoga artikel ini kekal sampai bila2 bro
    Semua org nk cari ilmu kereta ni sikit dapat dari bro
    Alhamdulillah
    ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, ramai yang pandai tapi cuma tidak dikongsikan kepada orang ramai.

      Delete
    2. Kereta baru keluar perlu tukar air radiator @ coolent tak?

      Delete
    3. Jika anda hantar kereta untuk diservice kali pertama, bangkel agent kereta biasanya akan tukar air radiator. Tujuannya ialah untuk membuang bendasing yang mungkin berada di dalam radiator sebab masih baru. Lepas itu tukar air radiator secara berkala mengikut saranan pada buku panduan masing-masing.

      Delete
  2. Replies
    1. Boleh, yg kosong (tak ada asid). Air bateri kosong tu sama dgn air suling.

      Delete
  3. Replies
    1. Saya tidak pasti apa sistem yang digunakan oleh penapis air coway. Saya cuma 'recommend' air suling (distilled water) dan air RO (reverse osmosis) sahaja.

      Delete
  4. Sy da p buh air mineral.. Alamakk.. Kn p cr RO la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga radiator baik-baik, selagi belum berkarat, belum terlambat lagi.

      Delete
  5. Nak tanya sikit, biase satu kereta pakai berapa liter coolant? Kereta saya proton persona 2009 auto

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk kepada buku panduan (jika ada)

      Biasanya label coolant mengesorkan nisbah 1:1 iaitu 50% air + 50% coolant. Di negara sejuk, coolant mereka panggil 'anti-freeze' dan tujuan nisbah 1:1 ialah untuk elak air radiator membeku ketika musim sejuk.

      Negara kita tiada musim sejuk dan fungsi coolant untuk kereta kita lebih kepada anti karat. Jadi sebotol (1 liter) adalah mencukupi dan saya telah menggunakan sebotol sahaja sejak kereta saya dibeli sehingga kini yang telah berusia 13 tahun tanpa masalah.

      Ketika kereta saya diselenggara oleh perodua (ketika baru dibeli), mereka juga mengisi seliter sahaja walaupun isipadu radiator kelisa ialah 3 liter.

      Apa pun, elok rasanya rujuk kepada pusat selengara proton untuk kepastian kereta persona anda.

      Delete
  6. salam bro, nak tanya berapa jangka hayat coolant untuk ditambah untuk perodua myvi? atau mengikut standard sesebuah kereta yang sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut buku panduan kereta anda. Buku panduan Perodua Kelisa sarankan supaya tukar air radiator setiap 2 tahun dengan coolant sekali.

      Jika radiator anda tiada masalah, tidak perlu tambah coolant/air. Periksa dan isi air pada tangki sementara sahaja jika berkurangan.

      Delete
  7. Bro,nak tnya lepas saya follow step di atas, kereta keluar simbol amaran EMS, kenapa ya? Sya kereta myvi 1.3 2015 auto icon. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali pertama saya dengar tukar air radiator dapat amaran EMS. Cuba periksa ada tak wayar yang tanggal atau terlupa pasang balik.

      Jika tiada, boleh cuba tanggalkan salah satu terminal bateri kira-kira 5 minit, lepas tu pasang balik dan cuba hidupkan kereta.

      Selamat mencuba...

      Delete
  8. Boleh tak klau guna fully coolant tanpa campur dgn air...ada kesan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh guna coolant yang tidak dicampur dengan air. Coolant hanya berfungsi sepenuhnya apabila dicampur dengan air. Ikut saranan buku panduan kereta masing-masing.

      Delete
  9. Step ni bole guna utk myvi 1.3 2007 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara menukar air radiator adalah sama iaitu buang air lama dan isi air baru beserta dengan coolant. Rujuk kepada buku panduan kereta masing-masing untuk jumlah coolant yang diperlukan. Biasanya sebotol (1 liter) coolant sahaja diperlukan.

      Delete
  10. Terima kasih bro, terang dan jelas.

    ReplyDelete
  11. Blh guna air bateri jenis deionised ke tn?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda masalah, 'deionized water', 'distilled water' & RO adalah air tulen (pure water), cuma cara diproses berbeza.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.