Thursday, 18 March 2021

Kes suspek CoVid-19

Semalam saya dikejutkan oleh aplikasi mysejahtera seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.


Dari penilaian kesihatan mysejahtera, saya mempunyai simptom dan faktor risiko dijangkiti CoVid-19 dan diminta supaya membuat pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan.


Dipendekkan cerita, saya pergi ke klinik komuniti (dahulu dikenali Klinik 1M'sia) yang tidak jauh dari tempat tinggal saya namun belum dibuka sebab waktu operasinya bermula jam 11 pagi.

Seterusnya saya pergi pula ke klinik kesihatan yang kira-kira 5km dari rumah saya iaitu Klinik Kesihatan Tudan dengan menunjukkan paparan pada aplikasi mysejahtera seperti pada gambar pertama di atas.

Saya diberitahu klinik kesihatan tersebut bukan klinik covid dan diberi nombor telefon serta disuruh ke pusat saringan covid di stadium tertutup Miri.


Tanpa berlengah, saya terus ke pusat saringan covid dan setibanya di sana, saya tidak diterima dengan alasan mereka tidak 'entertain mysejahtera'.

Seterusnya saya terpaksa pergi ke hospital umum Miri sebab saya tahu ia adalah hospital covid untuk bandaraya Miri.

Saya terus ke bahagian ER dan percaya atau tidak, saya sekali lagi disuruh kembali ke pusat saringan covid di stadium tertutup Miri dan diberi nombor telefon sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Dengan perasaan tidak berpuas hati sebab ditendang ke sana ke sini, saya kembali semula ke pusat saringan covid, berkomunikasi dengan nada marah dan akhirnya mereka menerima saya untuk membuat ujian calitan (swab test).


Ketika menunggu giliran untuk dikenakan gelang supaya dikuarantin, saya lihat kembali mesej pada aplikasi mysejahtera seperti boleh dilihat pada gambar pertama di atas.

Pada pemahaman saya ialah, saya menunjukkan simptom positif covid dan perlu membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.


Kenapa saya terus disuruh untuk membuat ujian calitan dan bukannya dirujuk kepada doktor terlebih dahulu?

Mungkinkah ini SOP KKM supaya semua yang menunjukkan simptom covid terus disaring tanpa perlu dirujuk kepada pakar perubatan?


Apa pun, saya kini dikuarantin dan menunggu keputusan ujian calitan pertama tidak lama lagi.

Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, cuma kadang-kadang ada sedikit pening kepala serta hidung tersumbat dan berharap keputusannnya negatif covid.

Masalah kadang-kadang hidung tersumbat mungkin disebabkan oleh bau bubuk yang dijemur di kawasan perumahan saya. Maklum la sekarang kan musim bubuk dan ramai tengah sibuk membuat belacan.

Saya telah melakukan apa yang saya rasa perlu untuk mengelak covid dari merebak serta elak dari dipersalahkan jika benar positif di kemudian hari.

Saya juga yakin, saya dilayan tanpa mengikut SOP untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan bukannya pemeriksaan calitan sehingga dikuarantin.

Apa kata anda?

Kita jaga kita? Sendiri jaga sendiri?

Stay safe everyone...

2 comments:

  1. Hi bro, apa macam sekarang. I pun baru terima message yang sama pagi ni.... Tapi apabila answer 3 question, warna mysejahtera jadi warna biru lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, dua-dua ujian calitan negatif. 2 dos vaksin pun sudah.

      https://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/03/keputusan-ujian-rt-pcr-covid-19-ke-2.html

      http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2021/06/simptom-selepas-dos-ke-2-vaksin-pfizer.html

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.