Masalah kebocoran pada rocker/valve cover seperti ini pernah saya kongsikan suatu ketika dahulu dan anda boleh membaca cara membaikinya di
sini.
|
Kebocoran pada valve cover seal... |
Masalah sedemikian jika dirujuk kepada bangkel, majoriti mengesorkan supaya menukar rocker/valve cover yang baru dan menelan belanja ratusan ringgit termasuk 'labour charges'.
|
Bersihkan minyak yang bocor... |
Hari ini saya kongsikan cara yang paling ekonomi untuk mengatasi masalah sedemikian. Apa yang anda perlukan ialah 'ultra grey gasket maker'.
|
Tutup bahagian yang bocor dengan 'gasket maker' |
Sebelum anda menutup bahagian yang bocor dengan 'gasket maker', anda haruslah membersihkan minyak yang bocor agar gam tersebut melekat dengan kuat dan tidak berlaku kebocoran lagi.
|
Biarkan gam 'gasket maker' kering sebelum di pasang kembali... |
Sapukan 'gasket maker' dan pastikan ianya betul-betul di tutup dengan elok dan tekan dengan jari supaya terbentuk alur agar penutup plug boleh menutup dengan kemas.
|
Siap... |
Tunggu sehingga gam gasket tersebut kering sebelum memasang kembali 'plug coil' pada rocker/valve cover.
Cara membaiki sedemikian hanya untuk sementara sahaja dan memadai sehingga anda mengumpul wang yang cukup untuk membaikinya.
Selamat mencuba...
I passed through the same problem, and used mixture of glue to fill in the gaps, and ysed good quality glue to reinstall the outer seal. but didn't work. I'm not sure if there is any other way Before changing the valve cover.
ReplyDeleteNot all glue works due to the heat, using gasket maker is the best choice and it is for temporary use only.
DeleteRecently I realised that using fully/semi synthetic engine oil is the main cause of early leaking. Mineral engine oil would avoid early leaking occured.
The valve cover can be repaired by changing the seal only. Refer to the below link for details.
http://lifebeginsatforty40.blogspot.com/2014/01/baiki-masalah-kebocoran-minyak-enjin.html