Minggu lepas saya telah membaiki sebuah papan tanda keluar (Keluar sign) dan anda boleh membacanya di
sini. Hari ini saya juga dirujuk benda yang sama lagi namun reka bentuknya sedikit berbeza dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di bawah.
|
Papan tanda keluar (Keluar sign) |
Perbezaan yang ketara ialah lampu kecemasannya menggunakan lampu kalimantang/pendarflour (fluorescent) namun fungsinya tetap sama iaitu sebagai lampu kecemasan ketika arus elektrik terputus.
|
Papan litar utama... |
Setelah diperiksa, masalahnya cuma lampu kecemasan tidak menyala dan untuk membaikinya anda cuma perlu menukar lampu kalimantang tersebut sahaja.
|
Lampu kalimantang/pendarflour (fluorescent) yang baru... |
Untuk makluman semua, kadang-kadang lampu kalimantang yang tidak menyala masih boleh digunakan hanya dengan keluarkannya dan terbalikkan lampu tersebut. Jika ianya masih tidak menyala juga setelah diterbalikkan, maka anda haruslah menukarkan lampu kalimantang tersebut dengan yang baru.
|
Tested - ok |
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.