Friday 9 August 2019

TOPPER 103 vacuum cleaner repair

Penyedut hampagas berjenama TOPPER seperti ini pernah saya baiki sebelum ini dan anda boleh membacanya di sini.
Lokasi carbon brush pada penyedut hampagas..
Kali ini saya kongsikan cara bagaimana mengenalpasti kerosakan yang melibatkan carbon brush. Secara amnya jika anda dirujuk penyedut hampagas dengan masalah langsung tidak dapat dihidupkan walaupun arus elektrik telah dibekalkan, anda perlu periksa seperti berikut:-
  1. Periksa fius plug 3-pin
  2. Periksa wayar penyambung dari plug 3-pin sehingga motornya
  3. Periksa Suis pada penyedut hampagas
Jika kesemua di atas berkeadaan elok, maka masalahnya ialah pada motor atau carbon brush. Sepanjang pengalaman saya membaiki penyedut hampagas, belum pernah motornya mengalami masalah.
Carbon brush yang telah haus...
Apa yang anda perlu buat untuk memastikan bahawa carbon brush perlu diganti ialah mengukur 'continuity' pada kedua-dua terminalnya dengan menggunakan multimeter. Sekiranya multimeter tidak menunjukkan sebarang bacaan ia bermakna carbon brush tidak bersentuh dengan motor.
Setelah dikeluarkan dari motor...
Setelah pasti carbon brush perlu diganti, buka dan dapatkan carbon brush yang sesuai di pasaran. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada agen yang menjual penyedut hampagas untuk mendapatkan alat gantinya.
Keluarkan carbon brush lama...
Biasanya saya tidak membeli dari pengedar disebabkan harganya yang tersangat mahal. Jadi saya akan membelinya di kedai 'hardware' dengan harga belasan ringgit sahaja.
Panjang wayar untuk carbon brush asal...
Kadang-kadang kita tidak dapat saiz yang sama di pasaran namun anda boleh membeli yang sedikit lebih besar daripada asalnya. Anda boleh mengasah carbon brush tersebut sehingga saiz yang diperlukan terbentuk.
Wayar carbon brush baru tak cukup panjang...
Jika wayar pada belakang carbon brush yang baru dibeli tersebut tidak cukup panjang, anda boleh sambungkannya seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah. Paterikan bahagian yang disambung supaya tidak tertanggal ketika digunakan.
Sambung wayar supaya cukup panjang...
Carbon brush amat mudah diasah dengan menggunakan kertas pasir dan anda boleh melihatnya pada gambar di bawah.
Gosok carbon brush sehingga saiznya sesuai...

carbon brush di sebelah kiri telah di gosok...
Setelah kerja mengosok selesai, pasang kembali carbon brush ke tempat asalnya seperti pada gambar di bawah.
carbon brush yang baru telah siap di pasang
Kerja terakhir setelah carbon brush dipasang pada motor ialah periksa 'continuity' sekali lagi dengan multimeter. Pastikan ada bacaan pada multimeter seperti yang boleh dilihat pada gambar di bawah.
Testing...
Jika ukur rintangan di kedua-dua terminal carbon brush, bacaan rintangan ialah di antara 7Ω hingga 10Ω sahaja.
Tested - ok

Selamat mencuba...


 

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.