Wednesday 4 November 2020

ASTERIA AS220 TM telefon repair

Telefon ini milik TM (Telekom Malaysia Bhd) dan telah berusia hampir 10 tahun.

Telekom Malaysia Bhd vintage telefon

Pemilik menghantarkannya dengan kotak sekali dan dari kotak tersebut saya tahu jenamanya ialah ASTERIA serta modelnya pula ialah AS220.

ASTERIA AS220

Pemilik memberitahu saya masalahnya ialah telefon boleh berdering bila ada panggilan masuk namun bila ganggang diangkat, tiada suara langsung kedengaran.

Model: AS220

Saya sempat mencuba telefon tersebut sebelum dibuka untuk dibuat pemeriksaan dan sah tiada suara bila ganggang telefon diangkat.

Setelah penutup dibuka...

Apabila dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, tiada tanda-tanda menunjukkan ada kerosakkan kelihatan.

Litar pintas pada zener diod berlabel ZD2

Setelah diperiksa dengan menggunakan multimeter, saya menemui kerosakkan sebiji zener diod yang berlabel ZD2 pada papan litar mengalami litar pintas dan telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.

Label pada zener diod - C15ST

Label pada zener diod tersebut ialah C15ST dan setelah ditukar serta diukur voltan merentasinya, bacaan yang saya dapat ialah 4.4v seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.

4.4v tanpa zener diod...

Telefon tersebut telah berjaya diselamatkan setelah menukar zener diod tersebut dan masih boleh digunakan semula.

Gantikan zener diod baru...

Saya terlupa tanya pemilik kenapa menghantar telefon tersebut untuk dibaiki sedangkan ianya akan diganti dengan percuma jika membuat aduan kepada pihak TM.

Tested - ok

Gambar-gambar berikut merupakan cara-cara mengetahui kerosakkan pada zener diod di atas menggunakan multimeter digital atau analog.

A. Multimeter digital

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan kedua-dua arah pada zener diod mempunyai bacaan bila diukur menggunakan multimeter digital.

Bacaan diod yang elok ialah di antara 0.4 sehingga 0.7 dan diod tersebut sah rosak.

B. Multimeter analog

Gambar di atas menunjukkan ada sedikit kebocoran pada zener diod jika diukur menggunakan multimeter analog.

Zener diod yang elok hanya mempunyai bacaan pada satu arah sahaja dan jika diukur sebaliknya seharusnya tidak mempunyai bacaan langsung.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.