Wednesday, 5 August 2020

Baiki jam Quartz

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki jam elektronik yang menggunakan bateri atau juga dikenali sebagai jam quartz.
Jam Quartz = jam bateri
Kenapa jam elektronik dikenali sebagai jam quartz? Perkataan quartz diambil dari sebiji komponen oscillator yang digunakan dalam jam elektronik iaitu 'quartz crystal'.

'Quartz crystal' juga digunakan pada jam digital termasuk alat kawalan jauh yang mempunyai fungsi jam.
Ketika berhenti...
Saya pernah membaiki sebuah alat kawalan jauh yang mengalami kerosakkan 'quartz crystal' dan anda boleh membacanya di sini.
Setelah dibuka...
Masalah jam di atas ialah sering padam walaupun bateri telah diganti dengan yang baru.
Jarum saat bergesel dengan jarum minit...
Setelah dibuka dan diperiksa, saya dapati jarum saat dan jarum minit bergesel bila bertemu seperti boleh dilihat pada gambar di atas.
Bengkokkan sedikit jarum saat...
Cara untuk mengelak jarum jam daripada bergesel ialah bengkokkan sedikit salah satu jarumnya dan gambar di atas menunjukkan ianya tidak bergesel lagi bila kedua-dua jarum tersebut bertemu.
Siap...
Sehingga blog ini ditulis, jam tersebut tidak padam lagi dan telah diuji melebihi 24 jam.

Saya juga perasan setiap kali jam tersebut berhenti, jarum saat sentiasa bersama dengan jarum minit seperti boleh dilihat pada gambar ke-2 di atas.

Kadang-kadang kita cuma perlu berfikir secara logik untuk membaiki sesuatu dan ianya adalah percuma.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.