Sunday 24 March 2013

Hire Purchase (Sewa Beli)

Sila rujuk di sini untuk info berkenaan moratorium bagi pinjaman sewa beli.

Adakah anda tahu apakah itu pinjaman sewa beli (Hire Purchase)? Pinjaman sewa beli merupakan cara yang sering digunakan untuk membeli kenderaan. Jika anda memohon pinjaman sewa beli, anda akan dikenali sebagai penyewa dan institusi perbankan pula ialah tuan punya kenderaan tersebut.

Sebagai peminjam, anda bertanggungjawab untuk membayar bayaran ansuran bulanan menepati masanya kepada institusi perbankan. Jika bayaran ansuran tidak dijelaskan, pihak perbankan berhak menarik kenderaan yang disewa mengikut akta sewa beli 1967. Anda boleh baca akta sewa beli 1967 di sini.

Gambar berikut merupakan aduan yang saya terima dari rakan sekerja saya apabila membeli sebuah kereta dan membuat pinjaman melalui institusi perbankan tempatan beberapa hari yang lalu.
Kereta dijual pada harga RM71,694.90
Bayaran pendahuluan sebanyak RM9,994.90
Letter Of Undertaking - dikeluarkan oleh pihak bank
Invois - bayaran pendahuluan hanya RM6,900.00 sahaja...
Dokumen bank - bayaran pendahuluan hanya RM6,900.00 sahaja...
Ringkasan gambar di atas ialah:-
  1. Ketika mengunjungi agen Perodua, mereka diberitahu harga jualan Perodua Alza tersebut ialah RM71,696.90.
  2. Pembeli membayar bayaran pendahuluan sebanyak RM9,994.90 dan memohon pinjaman sewa beli sebanyak RM61,700.00 melalui institusi perbankan tempatan.
  3. Setelah proses pinjaman diluluskan sehingga kenderaan boleh diambil, pembeli telah diberikan satu salinan perjanjian serta dokumen yang berkaitan. Bila diteliti dokumen tersebut, pembeli mendapati terdapat perbezaan pada harga jualan serta bayaran pendahuluan pada dokumen (sila rujuk pada gambar di atas dan perhatikan harga jualan serta bayaran pendahuluan yang tertera pada dokumen).
  4. Setelah dirujuk kepada pihak bank, mereka menegaskan bahawa tiada masalah pada dokumen mereka dan menyuruh pembeli merujuk kepada penjual.
  5. Ketika mendapatkan penjelasan dari pihak penjual, jurujual pula mempertahankan kedudukan mereka dan memberitahu pembeli bahawa ianya hanya prosedur yang biasa untuk mengubah angka-angka pada invois dan yang penting ialah jumlah pinjaman adalah tepat iaitu sebanyak RM61,700.00. Menurut penjual mereka terpaksa mengikut arahan 'letter of undertaking' oleh pihak bank.
Jika anda adalah pembeli, apakah yang terlintas di fikiran anda? Sekiranya anda juga mempunyai pinjaman sewa beli, sila semak dokumen anda dan adakah masalah sedemikian juga wujud?

Berikut adalah persoalan saya:-
  1. Kenapakah terdapat perbezaan angka-angka pada harga jual serta bayaran pendahuluan?
  2. Kenapakah 'letter of undertaking' pihak bank meminta pihak penjual mengeluarkan invois dengan harga jualan RM68,600-00 dan bukannya RM71,694-90
  3. Mungkinkah harga jualan kereta tersebut hanya RM68,600-00 sahaja dan bukan RM71,694-90?
  4. Jika benar ada unsur penipuan, siapa yang melakukannya dan apakah tindakan yang pembeli boleh lakukan? 
  5. Siapakah yang mengelapkan wang sebanyak RM3,084-90?
Apa pandangan anda?

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.