Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki LED/LCD TV.
Jenama: LG
Model: 22LD330-TA
Masalah ketika TV ini dirujuk kepada saya ialah tiada imej tetapi indikator berkelip-kelip & berwarna biru. Indikator akan berwarna merah jika dalam keadaan 'stand by' dan berwarna biru (tidak berkelip) jika TV telah dihidupkan.
 |
Indikator berwarna biru & berkelip-kelip tanpa imej. |
Setelah dibuka penutup bahagian belakang TV, cuma kelihatan 2 keping papan litar sahaja iaitu 'power supply' dan 'display board' seperti pada gambar di bawah.
 |
Atas: power supply, Bawah: display board |
Walaupun tiada imej, ianya bukan akibat kerosakan pada 'display board'. Secara kasar boleh kelihatan kerosakan pada beberapa biji kapasitor pada 'power supply board' seperti pada gambar di bawah.
 |
'power supply board' |
 |
3 biji kapasitor 1000uF kelihatan kembung dan harus diganti... |
 |
Kapasitor yang bocor juga harus di ganti |
Untuk makluman, sekiranya nilai bacaan kapasitor telah menurun 10%, ianya harus diganti agar peralatan eletrik berfungsi di tahap yang optimum.
 |
1000uF cuma tinggal 495uF (Harus di tukar) |
 |
Kapasitor baru, 1005uF |
Setelah di ganti kesemua kapasitor yang rosak, TV ini kembali berkhidmat seperti biasa.
 |
Yeah... ada imej sudah... |
Hi bole tumpang Tanya, kapasitor beli Dimana yea n brpa harganya
ReplyDeleteCari saja di kedai eletronik yang berdekatan. Kalau tak jumpa, boleh beli secara atas talian (online).
Delete