Thursday 19 October 2017

Power Supply repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki power supply (atau juga dikenali sebagai transfomer) yang takda jenama serta model.

Transfomer ini digunakan untuk membekalkan 12V elektrik (DC) kepada CCTV, papan tanda atau apa-apa sahaja peralatan eletrik yang memerlukan voltan 12V.

Ketika dirujuk kepada saya, ianya langsung tidak mempunyai output. Setelah dibuka kelihatan fius (yang bertanda 2) & kapasitor (yang bertanda 3) pada gambar di bawah telah rosak.
Bahagian bertanda 1, 2 & 3 rosak dan harus diganti.
Jika fius putus/terbakar dan berwarna hitam, ini bermakna terdapat litar pintas pada papan litar tersebut. Kebiasaannya keadaan sebegini disebabkan oleh kerosakan diod, transistor & bridge rectifier. Setelah di periksa menyeluruh, dua transistor NPN (berlabel '1' pada gambar di atas) juga didapati rosak dan harus diganti.
Komponen yang rosak telah diganti.

Komponen-komponen yang rosak
Komponen yang rosak ialah:-
1. 2 biji transistor (2SC2625)
2. 5 biji kapasitor (1000uF, 16V)
3. sebiji fius (3A)
Siap, LED berwarna hijau menyala & voltan output menunjukkan 12V
Selamat mencuba...

2 comments:

  1. Mcm mn cara nk cek & buktikan komponen tu rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna multimeter, fius yang putus tiada keterusan. Transistor yang rosak biasanya ketiga-tiga terminal litar pintas & kapasitor kena buka dari papan litar & ukur kapasitannya.

      Delete

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.