Tuesday 2 October 2018

SAFLOK encoder model 4 repair

Hari ini saya kongsikan pengalaman membaiki sesuatu yang baru dan belum pernah saya baiki sebelum ini. Benda yang dimaksudkan ialah encoder berjenama SAFLOK, Model 4 seperti pada gambar di bawah.
Pandangan luar encoder

Encoder ini digunakan untuk mengkod kad pengimbas pintu hotel sebelum boleh berfungsi untuk membuka pintu bilik masing-masing.

Made in JAPAN

Masalah ketika dirujuk kepada saya ialah mesin ini boleh menarik kad ke dalam dan tak keluar-keluar lagi atau mengambil proses yang lama untuk melengkapkan 'encoding' dan kadang-kadang keluar dari belakang seperti yang boleh dilihat pada video di bawah.

Masalah sedemikian biasanya hanya perlu menggantikan tali sawat di bahagian mekanikal sahaja seperti pada gambar di bawah.

Bahagian mekanikal melibatkan tali sawat

Namun setelah tali sawat diganti, masalah tetap sama dan apa yang saya perhatikan ialah pergerakan motor agak perlahan dan bila digerakkan secara manual dengan jari ianya agak berat dan terdapat geseran yang tinggi.

Setelah dibuka, saya terkejut melihat papan litarnya mempunyai kesan terhakis akibat pergesaran oleh bahagian mekanikal dan boleh dilihat seperti pada gambar di bawah.

Papan litar

Untuk gambaran yang lebih jelas, bahagian yang bergesel dengan papan litar ialah seperti yang ditandakan pada gambar di bawah.

Punca masalah...

Tidak diketahui kenapa bahagian mekanikal tersebut boleh bergesel dengan papan litar dan tugas saya kini ialah bagaimana untuk mengelakkan bahagian mekanikal tersebut daripada bersentuhan dengan papan litar.

Sedikit pengubahsuaian di buat...

Jika diperhatikan seperti pada gambar di atas yang telah saya bulatkan, saya lapik papan litar tersebut dengan kepingan plastik supaya papan litar akan berkedudukan lebih jauh dari bahagian mekanikal.

Untuk makluman, kepingan plastik yang saya guna diambil dari botol minuman dan ketebalannya ialah dalam kira-kira 0.5mm sahaja.

Tested - OK

Setelah di pasang kembali papan litar tersebut dengan di lapik kepingan plastik setebal 0.5mm dan diuji, bahagian mekanikal tidak bersentuhan dengan papan litar lagi dan mesin tersebut kini kembali beroperasi seperti normal dan boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.