Beberapa hari lepas saya telah dirujuk sebuah encoder berjenama SAFLOK, model 2 (PART#73732) dengan masalah gagal berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
PART#73732 |
Enconder ini digunakan untuk membuat kad pintu di pusat penginapan (hotel) dan masalah yang saya hadapi ialah tidak mengetahui voltan bekalan elektrik yang diperlukan untuk mengujinya.
model 2 |
Pemilik memberitahu saya adapter yang digunakan juga tidak ditemui. Carian saya di atas talian menemui spesifikasi 'encoder' adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
specification |
Bekalan elektrik yang diperlukan ialah 6v, 3A. Saya menggunakan adapter 5v untuk percubaan dan ianya langsung tidak berfungsi.
Setelah penutup dibuka... |
Setelah dibuka serta diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji diod dilabel D3 pada papan litar telah meletup seperti telah saya tandakan pada gambar di bawah.
D3 - diode |
Memandangkan label diod tidak diketahui sebab telah pecah, saya gantikan dengan diod yang sama saiz serta diambil dari papan litar lain.
C14 = J106L (10uf, 6.3v tantalum capacitor) |
Setelah diod D3 telah saya gantikan dan diuji, encoder boleh berfungsi semula namun sebiji tantalum capacitor yang dilabel C14 mengalami panas melampau sewaktu diuji. Lokasi tantalum capacitor tersebut ialah bersebelahan dengan diod D3 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.
Gantikan tantalum capacitor baharu... |
Tantalum kapasitor tersebut mengalami litar pintas ketika diperiksa dan masalah selesai setelah ianya telah saya gantikan dengan yang baharu.
Komponen yang rosak... |
Komponen yang telah saya gantikan ialah:-
- Diod D3
- Tantalum capacitor C14 - J106L
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.