Sunday 11 December 2022

ShopeePay - refund

Sebelum ini saya telah kongsikan pengalaman buruk dengan wang yang dipulangkan ke akaun ShopeePay dan anda boleh rujuk di sini.

Order cancelled...

Saya telah padam (delete) akaun lama shopee yang bermasalah dan membuka akaun yang baru tanpa mengaktifkan ShopeePay.

Refund to ShopeePay (Day 1 - 12/11/2022)

Baru-baru ini salah satu pembelian saya telah dibatalkan oleh penjual dan apa yang berlaku ialah wang  yang dipulangkan (refund) akan dimasukkan ke akaun ShopeePay seperti boleh dilihat pada notifikasi pada gambar di atas pada hari berikutnya, 12/11/2022.

Refund to ShopeePay (Day 2 - 13/11/2022)

Oleh kerana saya tidak berminat dengan akaun ShopeePay dan tidak mahu mengaktifkannya, pihak shopee juga tidak mengembalikan wang terus ke akaun bank. Apa yang mereka lakukan ialah menghantar mesej memberitahu transaksi belum selesai (pending) untuk beberapa hari.

Refund to ShopeePay (Day 3 - 14/11/2022)

Gambar-gambar tangkap layar di atas saya ambil untuk rujukan dan ianya masih 'pending' sebab ShopeePay tidak diaktifkan. 

Setelah tiga hari transaksi tidak berjaya sebab ShopeePay saya tidak aktif, pada hari ke-4 mereka akan kembalikan wang ke akaun bank saya seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Refund to ShopeePay (Day 4 - 15/11/2022)

Untuk pengetahun semua wang hanya dimasukkan ke akaun bank saya pada 15/11/2022 seperti boleh dilihat pada gambar tangkap layar di bawah.

Refund pada 15/11/2022...

Tujuan shopee sebenarnya ialah supaya semua pengguna mendeposit wang pada akaun ShopeePay dan mereka boleh menggunakan wang tersebut secara percuma (tanpa faedah).

Bayar pada 11/11/2022...

Jika akaun ShopeePay tidak aktif, mereka juga akan melengahkan tempoh memulangkan wang kita supaya mereka boleh guna wang kita tanpa faedah. Benda dibeli tak dapat, duit pula kena tahan beberapa hari...

Jika kita simpan wang di bank, kita akan dapat faedah namun wang kita pada akaun ShopeePay tiada faedah langsung.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.