Tuesday 6 December 2022

Panasonic F-MN304 electric fan repair

Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah kipas meja berjenama Panasonic, model F-MN304 dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.

model No.: F-MN304

Pemeriksaan awal pada plug 3-pin mendapati fiusnya masih elok dan semua kelihatan elok dengan pandangan mata kasar.

Setelah penutup belakang dibuka...

Setelah penutup belakang dibuka serta diperiksa dengan menggunakan multimeter, kerosakkannya ialah pada sebiji 'thermal fuse' dan kedudukannya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Thermal fuse putus...

Rating 'thermal fuse' yang digunakan ialah 114°c, 2A dan rating 'running capacitor' yang digunakan cuma 1uf sahaja.

Gantikan thermal fuse baharu...

Masalah selesai serta kembali berfungsi semula setelah 'thermal fuse' telah saya gantikan dengan yang baharu.

114°c, 2A

Keterangan lanjut cara-cara memeriksa boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.