Minggu lepas saya telah dirujuk sebuah telefon berjenama TeleBest model 210BC dengan masalah tidak mendail setelah butang nombor ditekan.
TeleBest 210BC |
Pemeriksaan serta ujian ke atas telefon tersebut mendapati ianya boleh berfungsi apabila mode dail pada 'pulse' namun gagal berfungsi setelah dilaras ke mode 'tone'.
Setelah penutup dibuka... |
Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.
Setelah PCB dibuka... |
Memandangkan ianya gagal berfungsi setelah dilaras ke mode 'tone' saya bercadang untuk memutuskan litar mode 'tone' dan hanya mode 'pulse' sahaja digunakan.
Suis untuk 'pulse' dan 'tone'... |
Sebagai percubaan, saya buang pateri dan tanggalkan terminal 'tone' pada suisnya dari papan litar seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
tanggalkan terminal untuk 'tone'... |
Masalah selesai dan telefon boleh digunakan semula namun hanya mode 'pulse' sahaja berfungsi walaupun ianya dilaraskan ke mode 'tone'.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.