Hari ini saya dirujuk sebuah penyedut hampagas buatan China berjenama Vacmaster dan pemilik memberitahu saya ianya cuma digunakan sekali sahaja.
Vacmaster PROFESSIONAL |
Apa yang berlaku selepas itu ialah ianya gagal berfungsi lagi. Ketika saya mengujinya, ianya boleh berfungsi tanpa masalah.
Model: VK1330PWRCN |
Namun setelah diuji berulang kali, ianya gagal berfungsi setelah beberapa kali on/off. Mungkin ini juga yang berlaku kepada pemiliknya.
Pilihan 'wet' dan 'dry'... |
Setelah dibuka, kelihatan cuma sekeping papan litar sahaja selain motornya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Ianya memang baru dibeli sebab bau plastik sangat kuat serta sangat bersih.
Sekeping papan litar sahaja... |
Pemeriksaan komponen menggunakan multimeter pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak.
Bahagian atas papan litar... |
Bahagian bawah papan litar cuma mempunyai dua biji 'tact switch' sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di bawah. Kedua-dua suis tersebut juga elok.
Bahagian bawah papan litar... |
Apabila dipasang kembali dan diuji semula, ianya boleh berfungsi seperti pada mulanya namun gagal semula selepas tekan butang on/off berulang kali.
Ada sistem tanpa wayar (wireless)... |
Dari pengalaman lepas, masalah sedemikian adalah disebabkan ada masalah sambungan komponen yang tidak elok atau 'cold solder joint'.
Suis pada bahagian penyedut (wireless)... |
Masalah selesai setelah kesemua sambungan komponen saya pateri semula termasuk melakukan pemanasan semula microprocessor menggunakan 'rework station'.
Untuk pengetahuan semua, masalah 'cold solder joint' biasanya hanya berlaku pada papan litar lama dan ini merupakan pengalaman pertama saya temui pada peralatan baru.
Selamat berDIY...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.