Sebelum ini saya pernah membaiki benda seperti ini, cuma model yang berlainan iaitu DM8 230R dan anda boleh membacanya di
sini dan di
sini. Kali ini modelnya ialah DM16 230R.
 |
SIEMENS DM16 230R |
Saya masih tidak pasti kegunaan benda ini namun yang pasti fungsinya ialah sebagai 'switching' sahaja.
 |
Setelah penutup dibuka.. |
Seperti biasa untuk membaikinya kita harus membukanya dan apa yang boleh dilihat adalah seperti pada gambar di atas dan di bawah.
 |
2 biji kapasitor utama perlu di ganti... |
Setelah diperiksa menyeluruh, hanya dua biji kapasitor utama sahaja yang didapati rosak dan telah saya tandakan pada gambar di atas.
 |
Kapasitor yang rosak |
 |
Kapasitor baru... |
Setelah kedua-dua kapasitor tersebut ditukar dan diuji, kini benda ini boleh digunakan semula.
 |
Siap... |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.