Hari ini saya berpeluang membaiki ECU kereta Proton Wira 1.5 dengan nombor rujukan PW521601 seperti yang anda boleh lihat pada gambar di bawah.
|
PW521601 |
Menurut tuan punya ECU ini, masalahnya ialah seperti berikut:-
- Kereta boleh dihidupkan tetapi injin kereta tidak stabil dan juga tidak lancar ketika dipandu.
- Keretanya mengeluarkan asap yang berbau minyak petrol.
- Keretanya juga mengeluarkan asap yang tebal dan berwarna hitam.
- Ezos keretanya basah akibat daripada minyak yang tidak terbakar.
- Tiap-tiap hari perlu isi petrol sebab 'kuat makan minyak'.
|
Wira 1.5 MMC ECU |
Pemilik juga telah menghantar keretanya untuk diperiksa di pusat berkomputer PROTON dan telah disahkan bahawa ECUnya rosak.
|
Papan litar setelah dibuka... |
Setelah saya buka dan periksa, hanya terdapat satu bahagian yang kelihatan terbakar seperti telah saya tandakan pada gambar di atas dan di bawah.
|
bahagian litar yang putus (kesan terbakar) |
Setelah saya periksa menyeluruh papan litar ECU tersebut, tiada komponen lain yang didapati rosak.
|
Bahagian bawah papan litar... |
Oleh yang demikian, saya cuma sambungkan semula bahagian yang telah putus akibat terbakar sahaja. Saya beranggapan kemungkinan kerosakan litar tersebut adalah akibat litar pintas pada bahagian lain kereta.
|
Bahagian bawah yang hangus telah saya paterikan semula... |
Percaya atau tidak, setelah diuji ECU tersebut, masalah seperti tertera di atas kesemuanya lenyap dan keretanya kini kembali normal.
|
Gembira tuan punya ECU setelah berjaya dibaiki... |
Saya sebenarnya tidak yakin dengan menyambungkan bahagian yang putus itu sebenarnya telah membaiki kerosakkan ECU tersebut. Gambar setelah saya mempateri bahagian yang terbakar itu juga lupa saya perolehi.
Selamat mencuba...
Pm no bos
ReplyDeleteIsi 'contact form' pada sebelah kanan bahagian atas blog saya, nanti saya bagi nombornya dlm e-mail. Terima kasih.
Deletebos lepas dah solder balik berapa lama boleh bertahan...sy alami masalah terbakar kat situ jugak x tau mana yg short
ReplyDeleteLepas pateri sehingga ke hari ini tiada masalah. Cuba periksa rotor distributor. Biasa rotornya pecah.
Deletebro..wira 1.5 injection..lampu check injin tidak menyala .puncanya apa ya bro
ReplyDeleteKalau masa 'on' kunci tak menyala, mentol hangus. Lepas injin 'start' lampu check injin mesti padam.
Delete