Semalam saya dirujuk sekeping papan litar utama untuk penghawa dingin berjenama LG dengan nombor rujukan 6871AQ2420 pada papan litar tersebut.
 |
6871AQ2420 |
Menurut pemilik, bunyi letupan yang kuat kedengaran ketika kali terakhir beliau cuba menghidupkan penghawa dingin tersebut.
 |
Kesan letupan akibat litar pintas... |
Setelah dibuka, kesan letupan jelas kelihatan pada papan litar dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas.
 |
Cicak bunuh diri daa... |
Letupan tersebut adalah akibat daripada litar pintas yang berlaku pada seekor cicak yang terpijak bahagian arus ulang-alik 240vac pada papan litar.
 |
Kesan letupan telah di bersihkan... |
Bahagian yang terbakar akibat litar pintas telah saya bersihkan dan anda boleh melihatnya seperti pada gambar di atas.
 |
Komponen yang rosak... (Made in Japan) |
Hanya sebiji komponen yang didapati rosak hasil daripada pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tersebut. Nombor rujukan komponen tersebut ialah G3MC-201PL-VD dan anda boleh melihatnya pada gambar di atas.
 |
Tested - ok |
Gambar berikut dihantar oleh pemilik kepada saya menyatakan bahawa penghawa dinginnya kini telah kembali beroperasi seperti biasa.
 |
Tested - ok |
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.