Beberapa hari yang lalu saya dirujuk sebuah alat kawalan jauh (remote control) untuk kegunaan penghawa dingin berjenama FUJIAIRE seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Masalahnya ketika dirujuk kepada saya ialah skrin tidak menyala walaupun bateri telah ditukar dengan yang baru.
Pemilik memberitahu saya dia telah buka dan bersihkan cecair bateri yang bocor namun masih juga tidak berfungsi.
Setelah dibuka dan diperiksa dengan mata kasar, saya menemui sebiji crystal oscillator yang putus salah satu terminalnya seperti boleh dilihat pada gambar di bawah.
Sebelum ini saya juga pernah membaiki alat kawalan jauh yang mengalami kerosakkan sama seperti di atas dan anda boleh rujuk di sini.
Setelah terminal yang putus saya sambung kembali dan diuji, alat kawalan tersebut telah berjaya diselamatkan dan masih boleh digunakan semula.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.