Tuesday 16 November 2021

JVD Iconic Plus Top Open safes 'Lo-bAt' repair

Hujung minggu lepas saya dirujuk sebuah peti keselamatan berjenama JVD dengan masalah langsung tidak berfungsi walaupun baterinya telah diganti dengan yang baharu.

Setelah dibuka dan diperiksa, masalahnya ialah disebabkan wayar negatif berwarna hitam telah reput akibat dihakis cecair bateri yang bocor. Masalah sedemikian pernah saya kongsikan sebelum ini dan anda boleh rujuk di sini.

PCB...

Setelah wayar reput ditukar dan diuji, ianya boleh berfungsi namun mengeluarkan amaran 'Lo-bAt' seperti boleh ditonton pada klip video pertama di atas. Sebelum ini saya juga pernah membaiki masalah sedemikian dan anda boleh rujuk di sini.

Keluarkan buzzer...

Pemeriksaan menyeluruh pada papan litar tidak menemui sebarang komponen yang rosak namun saya perasan bunyi buzzer tidak senyaring seperti yang pernah dirujuk kepada saya sebelum ini.

Apa yang saya cuba lakukan sebagai 'trial & error' ialah buka buzzer dari papan litar dan masalah amaran 'Lo-bAt' selesai namun tiada bunyi apabila butang ditekan seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

6.9Ω

Pemeriksaan pada buzzer mendapati bacaan rintangannya rendah iaitu 6.9Ω sahaja seperti boleh dilihat pada gambar di atas. Biasanya bacaan rintangan pada buzzer seperti ini ialah kira-kira 16Ω sehingga 100Ω.

Sambung sebiji perintang 47Ω pada buzzer...

Oleh kerana buzzer ini masih berbunyi, saya cuba tambah rintangannya dengan menyambungkan sebiji perintang 47Ω, 1/8w secara bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

Siap...

Percaya atau tidak, masalah amaran 'Lo-bAt' selesai dengan menambahkan sebiji perintang bersiri kepada buzzer sahaja dan ianya telah berjaya diselamatkan serta masih boleh digunakan semula.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.