Saturday 29 April 2023

dyson airwarp multi-styler complete long

Awal bulan ini saya dirujuk sebuah alat mengerinting rambut berjenama dyson untuk dibuat pemeriksaan serta menentukan statusnya.

dyson airwarp multi-styler

Alat ini milik pelanggan sebuah pusat penginapan (hotel) mengadu rosak setelah digunakan dan meminta pampasan. Menurut pemilik, kali terakhir digunakan dia hanya menyedari bermasalah setelah terhidu bau hangus.

1300W - Made in Malaysia

Saya juga diberitahu plug 3-pin (plugtop) serta soket lebur setelah digunakan serta disambung kepada soket pusat penginapan tersebut.

Kelulusan SIRIM

Pemeriksaan menyeluruh tidak menemui sebarang kerosakkan pada alat mengerinting rambut tersebut selain terminal pada pin wayar hidup sahaja dengan kesan plastik yang lebur seperti boleh dilihat pada gambar-gambar di bawah.

Ada kesan lebur pada pin L (Live)

Selain kesan plastik lebur pada pin L, saya juga menemui ada kesan percikan api berlaku pada salah satu bahagian pin tersebut.

Penyalut plastik lebur...

Setelah plastik yang lebur telah saya potong/buang, saya dapati semuanya masih elok termasuk fius yang digunakan iaitu 13A.

Ada kesan percikan api (spark)

Saya juga telah menguji alat mengerinting rambut tersebut selama kira-kira 15 minit tanpa henti tanpa sebarang masalah.

Kesimpulan dari pemeriksaan di atas, kemungkinan masalah pin plugtop serta soket lebur adalah disebabkan:-

  1. plugtop tidak dipasang ketat kepada soket sewaktu digunakan
  2. percikan api yang berpunca dari masalah soket pusat penginapan
  3. plugtop memang telah ada kesan lebur di tempat lain sebelumnya

Saya pasti, kesan plugtop yang hanya lebur pada satu pin sahaja di atas bukan berpunca daripada akibat terlebih bebanan (overload).

Biasanya jika berlaku percikan api akan ada bunyi kedengaran tetapi pemilik tidak mendengarnya sebab bunyi motor alat mengerinting rambut itu jauh lebih nyaring serta berfrekuensi tinggi seperti boleh ditonton pada klip video di atas.

Saya telah mencadangkan kepada pusat penginapan bahawa jika pemilik berkeras meminta pampasan, penyelesai menang-menang ialah dengan membeli alat pengerinting rambut tersebut dari pemilik dan boleh diletak di bilik penginapan khas (VIP) mereka.

Alat mengerinting tersebut berfungsi normal setelah plastik yang lebur telah saya potong/buang dan kesan percikan api juga telah saya bersihkan pada plugtop asal.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.