Monday, 1 May 2023

Tabung darah kekurangan darah jenis B

Dari masa ke semasa, saya menderma darah dan kali terakhir saya melakukannya ialah sewaktu PKP pada 12/05/2020. Saya menderma darah ketika itu setelah mendapat panggilan dari pihak tabung darah hospital Miri.

Sejak itu saya tidak menderma darah lagi sehingga 29/04/2023 lepas apabila ternampak iklan mengatakan tabung darah kekurangan darah jenis B.

Tiada niat untuk tidak mahu mendema darah namun dek kerana pandemik CoVid-19, saya sedaya upaya mengurangkan pergerakan agar tidak dijangkiti demi keselamatan diri.

Kita boleh menderma darah setiap 3 bulan dan faktor utama saya gagal melakukannya adalah disebabkan pandemik CoVid-19.

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman baharu sewaktu menderma darah iaitu tanpa menggunakan bius. Ini merupakan kali ke-2 saya menderma tanpa suntikan bius dan saya dapati ianya sebenarnya lebih selesa bagi saya.

Saya juga perasan kesakitan sewaktu dicucuk jarum bius sebenarnya lebih sakit atau mungkin sama dengan sewaktu dicucuk jarum menderma darah. Jadi, kenapa perlukan suntikan bius?

Jika anda adalah penderma darah, sila cuba tanpa ubat bius dan anda akan faham apa yang saya ceritakan di atas.

Klip video di atas saya rakam menggunakan telefon bimbit sewaktu dicucuk tanpa bius.

Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.