Wednesday 10 May 2023

Motorola HTN9000D Charger Base repair

Sebelum ini saya pernah kongsikan pengalaman dirujuk pengecas walkie talkie berjenama Motorola dan anda boleh rujuk di sini dan sini.

Motorola HTN900D charger base

Hari ini saya dirujuk sebuah lagi pegecas walkie talkie yang serupa dengan masalah langsung tidak berfungsi apabila dibekalkan arus elektrik.

Setelah dibuka...

Setelah dibuka dan diperiksa, saya menemui fius 1.5A putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di atas.

Fius 1.5A putus...

Setelah fius diganti serta diuji ianya kini boleh dihidupkan namun masalah baru pula timbul iaitu gagal mengecas dengan lampu merah berkelip-kelip seperti boleh dilihat pada klip video di bawah.

 

Pemeriksaan seterusnya pada papan litar menemui sebiji perintang jenis SMD dengan nilai 1kΩ putus dan lokasinya telah saya tandakan pada gambar di bawah.

Perintang 1kΩ putus

Gambar di bawah menunjukkan perintang yang putus telah saya gantikan dengan perintang 1/4W biasa.

Gantikan perintang 1kΩ...

Masalah gagal mengecas akhirnya selesai dan pengecas ini telah berjaya di selamatkan serta masih boleh digunakan semula setelah kedua-dua komponen yang rosak telah diganti.

Komponen yang rosak ialah:-

  1. Sebiji fius 1.5A
  2. Sebiji perintang 1kΩ (102)
Keterangan lanjut boleh ditonton pada klip video di bawah.

Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.