Wednesday 19 April 2023

Tarikh hari raya puasa 2023

Tahun lepas kita telah menyaksikan 'hari raya mengejut' yang jarang-jarang berlaku dan boleh berlaku 'once in a blue moon'.

Esok merupakan tarikh melihat anak bulan syawal di negara kita bagi menentukan tarikh hari raya puasa tahun ini.

Rentetan 'hari raya mengejut' tahun lepas, orang ramai masih beranggapan ianya mungkin serta akan berlaku lagi tahun ini.

Hari ini saya kongsikan pengetahuan saya berkaitan dengan kalendar yang saya tahu serta lazim digunakan iaitu:-

  1. kalendar suria/solar
  2. kalendar lunar
  3. kalendar islam (hijrah)

Cara menentukan kalendar ialah mengikut peredaran bulan mengeliling bumi atau peredaran bumi mengeliling matahari.

Bulan mengambil masa 27 hari 7.75 jam atau 27.322 hari untuk mengeliling bumi manakala bumi mengambil masa 365 1/4 hari untuk mengeliling matahari.

Kalendar suria/solar

Kalendar suria ialah kalendar yang kita gunakan setiap hari dan asasnya ialah tempoh yang diperlukan untuk bumi mengelilingi matahari iaitu 365 1/4 hari (365.25 hari). Ianya mempunyai 12 bulan setahun iaitu dari Januari sehingga Disember.

Secara amnya setahun ada 365 hari namun setiap 4 tahun akan ada tahun lompat yang mengandungi 366 hari. Tahun lompat terakhir ialah pada tahun 2020 dan tahun depan (2024) merupakan tahun lompat seterusnya.

Tahun lompat akan menyaksikan bulan febuari mempunyai 29 hari.

Kalendar lunar

Kalendar lunar biasanya digunakan oleh masyarakat cina atau juga dikenali sebagai 'Chinese Lunar Calander'.

Kalendar Lunar

Ianya ditentukan berdasarkan peredaran bulan mengeliling bumi. Mengikut kalendar lunar, hari di mana bulan tidak kelihatan ialah hari pertama setiap bulan dan bulan penuh/purnama ialah pada hari ke-15.

Hari pertama bulan ini menurut kalendar lunar ialah 20/04/2023 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas.

Kalendar islam (Hijrah)

Kalandar islam atau juga dikenali sebagai kalendar hijrah juga berpandukan pergerakan bulan mengeliling bumi dan perbezaannya dengan kalendar lunar ialah hari pertama setiap bulan.

Kalendar islam/hijrah

Hari pertama kalendar islam/hijrah ialah hari pertama bulan sabit kelihatan. Jadi perbezaannya dengan kalendar lunar biasanya hanya sehari sahaja.

Hari pertama kalendar islam/hijrah tahun ini jatuh pada 22/04/2023 seperti telah saya tandakan pada gambar di atas. Gambar di atas saya ambil di sini.

Tarikh Hari Raya Puasa 2023 (1 syawal)

Dari maklumat di atas, peluang 'hari raya mengejut' tahun ini tetap ada sebab peluang anak bulan kelihatan pada 20/04/2023 ialah 50/50. Ini disebabkan perbezaan lokasi (longitude/latitude) masing-masing. Masa melihat anak bulan juga berbeza mengikut lokasi masing-masing dan menjadi faktor anak bulan kelihatan atau tidak.

Ianya seperti kejadian gerhana di mana matahari atau bulan akan dilindung oleh bumi pada ketika tertentu dan perbezaannya ialah gerhana hanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan tidak semua lokasi boleh menyaksikan gerhana penuh disebabkan perbezaan lokasi (longitute/latitude) masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, Indonesia telah menetapkan tarikh 1 syawal pada 21/04/2023. UAE juga meramalkan tarikh 1 syawal akan jatuh pada 21/04/2023.

Saya meramalkan tarikh 1 syawal di negara kita pada 22/04/2023 sebab tarikh melihat anak bulan ialah pada 20/04/2023 yang juga merupakan hari pertama kalendar lunar. Anak bulan tidak kelihatan pada hari pertama kalendar lunar.

Jika anak bulan tidak kelihatan pada 20/4/2023 (termasuk jika cuaca buruk), kaedah rukyah dan hisab akan digunakan iaitu dengan menggenapkan puasa selama 30 hari. Maksudnya had maksima berpuasa ialah 30 hari.

Tarikh mula berpuasa tahun ini ialah pada 23/3/2023 dan jika kaedah rukyah & hisab terpaksa digunakan, hari terakhir berpuasa (30 hari) ialah pada 21/04/2023.

Sama-sama kita nantikan pengumuman tarikh 1 syawal esok...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.