Saturday 27 August 2022

Simple amplifier using D1047 & B817 transistors

Sebelum ini saya ada kongsikan pembinaan sebuah amplifier dengan menggunakan dua biji transistor iaitu C5200 & A1943 dan anda boleh rujuk di sini.

Skematik

Hari ini saya kongsikan cara membina amplifier dengan menggunakan dua biji transistor iaitu D1047 & B817 dan lebih mudah. Komponen yang diperlukan adalah seperti boleh dilihat pada gambar di bawah:-

  1. Sebiji transistor NPN - D1047
  2. Sebiji transistor PNP - B817
  3. Sebiji perintang NPN - BC546
  4. Sebiji perintang - 1kΩ
  5. Sebiji perintang 120kΩ
  6. 2 perintang - 2.2Ω/1W
  7. 2 biji diod - 1N4148
  8. Sebiji kapasitor - 2.2uf, 50v
  9. Sebiji kapasitor - 1000uf, 50v
Komponen yang diperlukan...

Perbezaan amplifier ini dengan yang lepas ialah bekalan elektrik yang diperlukan. Amplifier ini cuma memerlukan bekalan elektrik negatif dan positif sahaja manakala amplifier lepas memerlukan -vcc, ground dan +vcc.

1. pasang perintang 1kΩ

Cara memasangnya ialah seperti berikut:-

Mula-mula pasangkan kedua-dua transistor D1047 & B817 kepada heatsink seperti boleh dilihat pada gambar di atas.

  • Komponen pertama yang dipasang ialah sebiji perintang 1kΩ. Sambungkan perintang 1kΩ kepada terminal base (B) dan collector (C) pada transistor D1047.
2. Pasang diod 1N4148...
  • Komponen ke-2 yang dipasang ialah dua biji diod 1N4148 disambung bersiri seperti boleh dilihat pada gambar di atas pada terminal base (B) transistor D1047 & B817. Pastikan terminal positif dan negatif tidak disambung terbalik. Bahagian yang bertanda pada diod menghala ke transistor B817.
3. Pasang transistor BC546...
  • Komponen ke-3 yang dipasang ialah transistor BC546. Sambungkan terminal collector (C) transistor BC546 kepada terminal base (B) transistor D1047 dan sambungkan terminal emitter (E) transistor BC546 kepada terminal collector (C) transistor D1047.
4. Pasang perintang 2.2Ω...
  • Komponen ke-4 yang dipasang ialah 2 biji perintang 2.2Ω disambung bersiri dan disambung ke terminal emitter (E) transistor D1047 & B817.
5. Pasang perintang 120kΩ...
  • Komponen ke-5 yang dipasang ialah sebiji perintang 120kΩ disambung di antara terminal base (B) transistor BC546 dan penyambung di antara 2 biji perintang 2.2Ω.
Pasang kapasitor 1000uf, 50v...
  • Komponen ke-6 yang dipasang ialah sebiji kapasitor 1000uf, 50v. Sambungkan terminal positif kapasitor ke bahagian penyambung di antara 2 biji perintang 2.2Ω.
Pasang kapasitor 2.2uf, 50v...
  • Komponen terakhir yang disambung ialah sebiji kapasitor 2.2uf, 50v. Sambungkan terminal negatif ke terminal base (B) transistor BC546.
Siap...

Sambungan speaker, bekalan elektrik (power supply) dan isyarat input (input signal) adalah seperti telah saya labelkan pada gambar di atas iaitu:-

  1. Sambung wayar positif bekalan elektrik ke terminal collector (C) transistor D1047
  2. Sambung wayar positif input ke terminal positif kapasitor 2.2uf, 50v
  3. Sambung wayar positif speaker ke terminal negatif kapasitor 1000uf, 50v
  4. Sambung wayar negatif bekalan elektrik, wayar negatif speaker serta wayar negatif isyarat input bersama pada terminal collector (C) transistor B817

Bekalan elektrik yang saya gunakan pada litar di atas ialah 36vdc dari sebiji transformer 12-0-12.


 Selamat berDIY...

No comments:

Post a Comment

Your comment will be atttend by admin soon, thank you.