Pagi ini saya dirujuk sebuah microwave berjenama SHARP, model: R212ZS dengan masalah langsung tidak berfungsi setelah dibekalkan arus elektrik.
SHARP R212ZS microwave |
Oleh kerana ianya langsung tidak berfungsi, benda pertama yang saya periksa ialah fius pada plug 3-pin dan ianya masih elok.
Model: R212ZS |
Seterusnya saya buka dan pemeriksaan awal mendapati fius 10A pada papan litar putus seperti telah saya labelkan pada gambar di bawah.
Setelah penutup dibuka... |
Pemeriksaan menyeluruh mendapati punca litar pintas ialah pada HV capacitor. Microwave ini tidak dilengkapi dengan HV fius dan itulah punca kenapa fius 10A putus.
Litar pintas pada HV capacitor... |
Setelah kedua-dua komponen di rosak telah saya gantikan dan diuji, microwave ini berjaya diselamatkan dan kembali berfungsi semula.
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment
Your comment will be atttend by admin soon, thank you.